Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan penentangannya terhadap pembinaan tol di lebuh raya dan menyalahkan pendahulunya, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mewujudkan sistem berkenaan.
Di sebalik retorik itu sekurang-kurangnya enam plaza tol baru akan dibina di Lembah Klang.
Tiga daripadanya di bawah pembinaan lebuh raya Damansara-Shah Alam Elevated Expressway (Dash) dan tiga lagi akan dibina di sepanjang lebuhraya bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (Suke), yang sedang dalam pembinaan.
Sepanjang Dash, tiga plaza tol akan dibina di Denai Alam, RRIM dan Mutiara Damansara.
Manakala di lebuh raya Suke, ketiga-tiga plaza tol itu akan berada di Alam Damai, Bukit Teratai dan Ampang.
Kedua-dua lebuh raya yang dibina dan dikendalikan oleh Projek Lintasan Kota Sdn Bhd (Prolintas) itu, dijangka siap menjelang 2020.
Kuantum sebenar caj tol hanya akan ditentukan selepas kedua-dua projek selesai.
Terdahulu, Najib dalam klip video selama satu setengah minit mengulangi pendiriannya menentang pembinaan tol sepanjang laluan biasa.
"Saya tidak percaya jika kita mengenakan bayaran tol setiap hari, ia baik untuk rakyat. Tidak, saya tak percaya.
"Jika Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya KL-Karak, ya, kerana anda hanya menggunakannya sekali-sekala.
"Tapi kalau hari-hari bayar tol, dua kali empat kali siapa pun sakit hati," katanya dalam video itu.
Tanpa menamakan Mahathir, Najib menyalahkan pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu kerana mewujudkan dasar lebuh raya sedia ada.
Dash and Suke akan menghubungkan kawasan berpenduduk padat dan juga jaringan sistem lebih raya raya yang sedia ada sekitar Lembah Klang.
Dash bertujuan menampung pembangunan pesat di Shah Alam dan Batu Arang, manakala Suke menghubungkan Sungai Besi, Cheras, Pandan, Ampang dan Ulu Klang, selain menyediakan alternatif kepada Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
Sebahagian besar lebuhraya itu juga akan melalui Selangor, di mana kerajaan negeri Pakatan Harapan (HARAPAN) turut dikritik kerana tidak menyekat projek berkenaan walaupun mereka menyatakan mahu memansuhkan tol.
Bagaimanapun, kerajaan Selangor menghalang Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), yang akan merentasi Petaling Jaya dengan sekurang-kurangnya tiga plaza tol.
Sumber: Malaysiakini
from Sehinggit Media http://ift.tt/2BUGqA0
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2BSQVn6
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment