Wednesday 8 November 2017

Tiada Siapa Mahu ‘Sponsor’ Baju Kerana Takut Terlebih Kos Kain Punca Pakaian Aishah Selekeh Semasa Konsert


Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah binti Wan Ariffin merupakan salah seorang selebriti lagenda yang masih ‘berbisa’ sehingga kini.

Pelantun lagu Janji Manismu yang popular pada 11 tahun yang lepas cukup dengan suaranya yang lantang dan merdu miliknya itu.

Aishah yang merupakan salah seorang pesera program realiti Gegar Vaganva 4 telah menjadi perhatian peminatnya setelah pakaian yang dipakainya semasa membuat persembahan dikatakan selekeh dan tidak bergaya.


Terbaru, menerusi perkongsian Deegun Rahman, perbualannya bersama Aishah telah mendapat perhatian ramai. Aishah meluahkan rasa kecewa apabila tiada siapa yang menaja pakaiannya dalam satu program realiti.


Sudahlah taknak sponsor, diperlinya kita pula


Semalam ada yang berborak dengan Kak Aishah GV4, sayu pulak dengar cerita apabila dia cakap tak ada sesiapa sudi sponsor baju untuknya.

Apatah lagi dia tak ada team pengurusan yang boleh deal dengan designer muda sekarang ini. Maklumlah, dia wujud zaman ‘dulu kala’, tak kenal pereka baharu.

Lebih menyedihkan, difahamkan siap ada yang perli takut terlebih kos beli kain. Korang fahamlah kan maksud yang cuba disampaikan?

So, kalau ada antara designer yang baca status abang ni dan berbesar hati nak sponsor, boleh DM abang k.

Hanya Allah yang mampu membalasnya

Terharu jap sebab ramai designer muda yang willing to help Kak Aishah. Tak sangka lak banyak yang share my posting.

Semoga korang semua dimurahkan rezeki. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Sesiapa yang dapat peluang tu, manfaatkanlah sebaik mungkin. Tolong seikhlas hati, insya-Allah dipermudahkan setiap urusan.

Apapun, terima kasih. Jika ada peluang lain, saya akan uar-uarkan.

Perkongsian Deegun Rahman ini kemudiannya telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memberikan sokongan mereka kepada Aishah, terutamanya dari kalangan peminat Aishah sendiri.



Sumber: http://www.ohmymedia.cc


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2yGWMvp
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2zsTk52
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment