INDONESIA- Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) iaitu cacat pekak dan bisu dilaporkan maut dipercayai akibat dirogol berkali-kali pada 18 November lalu.
Mangsa yang dikenali sebagai Utami Dwi ditemui terbaring tanpa pakaian di dalam tandas rumahnya yang terletak di Sedayu, Yogjakarta, Indonesia.
Mangsa yang berumur 24 tahun berkenaan ditemui oleh kakaknya, Eka yang tinggal berdekatan dengan rumah yang diduduki mangsa serta rakannya.
Menurut Eka, dia pergi ke rumah adiknya itu selepas mendapati Utami tidak keluar dari rumah sejak pagi.
Namun, Eka terkejut apabila mendapati keadaan adiknya yang tidak berpakaian dan terbaring di tandas rumah tersebut.
Laporan polis sudahpun dibuat dan mereka mendapati kesan lebam dan luka memenuhi badan mangsa. Mangsa dipercayai telah dirogol berkali-kali sebelum dicekik sehingga meninggal dunia.
Pemeriksaan turut menemukan najis dan darah di dubur mangsa.
Menurut pihak polis, kemungkinan besar rumah Utami dirompak kerana mereka mendapati sejumlah wang dan barang kemas seberat lima gram milik mangsa hilang.
Dalam pada itu, kakaknya menceritakan yang dia sudah mengajak Utami untuk tidur di rumahnya pada malam sebelum kejadian kerana tidak sedap hati.
Namun, pelawaan itu ditolak Utami dengan alasan mangsa bekerja sehingga lewat malam.
Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan tetapi pihak polis mempercayai dalang kes ini lebih daripada seorang.
Sumber: http://www.mynewshub.cc
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2k8FFw9
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2AGnTaL
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment