Tiada siapa sangka, wanita yang menyanyikan lagu Standing In The Eyes Of The World dari Ratu Rock Ella ini merupakan bekas atlet. Malah lebih mengejutkan, wanita itu juga pernah menyumbang pingat emas dalam acara sukan yang berprestij di dunia.
Kini, Nurul Shakina Teh Abdullah, 42, yang berstatus orang kelainan upaya (OKU) lebih senang mengalunkan suaranya di perkarangan gedung beli-belah Sogo, Kuala Lumpur pada hujung minggu. Dia yang mesra dipanggil Nurul tular di media sosial tidak lama dulu disebabkan video nyanyiannya di kaki lima yang merdu dan mampu mencapai not tinggi dengan mudah menarik perhatian netizen.
Menurut laporan Astro AWANI, Nurul kini tidak banyak beza jika dibandingkan dengan OKU lain yang kerap mencari rezeki dengan menghiburkan orang ramai di jalanan.
Dahulunya, dia seorang bekas atlet OKU yang pernah mengharumkan nama negara dalam acara sukan renang kategori B2 (kecacatan penglihatan).
Pada Sukan Para 2003 yang berlangsung di Vietnam, Nurul telah melakar sejarah yang tersendiri apabila dia berjaya menggondol dua pingat emas dan memecah rekod kejohanan bagi acara dalam temasya tersebut.
Wanita yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini juga pernah mewakili negara dalam Sukan Para Kuala Lumpur 2001, Sukan Para Asean Busan 2002, dan Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2006. Hebatnya!
Apa yang lebih membanggakan, Nurul juga pernah dinobatkan sebagai Olahragawati Paralimpik Pulau Pinang tahun 2012 atas kecekalan, azam dan pencapaiannya di peringkat dunia. Malah dia juga pernah merangkul gelaran yang serupa di Selangor pada suatu ketika dulu.
“Dulu saya bermula dengan menjadi atlet Pulau Pinang. Bila pindah ke KL ni saya pernah juga jadi atlet untuk Selangor.
“Kenangan paling best tu bila jadi atlet negara dalam acara renang dan menang pingat emas pada Para Games di Vietnam. Lebih manis bila akak berjaya pecahkan rekod masa tu,” kata Nurul.
Namun semuanya hanya tinggal kenangan. Zaman kegemilangan Nurul sudah berlalu dan dia kini hanya mampu meraih pendapatan dengan mengharap belas kasihan orang ramai yang mendengar persembahannya di kaki lima.
“Saya akan berada di depan Sogo ni dua kali seminggu iaitu hujung minggu sahaja. Kalau ada cuti umum pun saya akan ke sini. Pendapatan tu kadang tak tentu sebab kita hanya mengharapkan sumbangan ikhlas orang. Tapi setakat ni… bolehlah untuk meneruskan hidup,” luah Nurul.
Aduhai tak sangka begini nasibnya…
Bagai jatuh ditimpa tangga, Nurul juga kini seorang ibu tunggal yang membesarkan dua orang anaknya yang berusia 12 dan 8 tahun selepas berpisah dengan suami.
Dengan hanya berbekalkan wang bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berjumlah RM350 dan hasil nyanyian di kaki lima, Nurul harus kuatkan semangat demi meneruskan kehidupan mereka tiga beranak.
“Akak teringin sangat jumpa Ella,” seloroh Nurul yang amat meminati ratu rock negara itu..
Buat masa ini, Nurul akan terus menyanyi demi mencari sesuap nasi buatnya dan anak-anak. Cuma yang menjadi persoalannya, tiadakah sebarang bentuk bantuan yang disalurkan dari badan-badan yang bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan bekas atlet negara sepertinya?
Tidak wajar bagi seorang atlet yang pernah mengharumkan nama negara dibiarkan hidup di jalanan dengan begitu sahaja. Bagai kacang lupakan kulit pula…
Harapnya ada pihak berwajib mengambil inisiatif dalam membantu Nurul untuk meneruskan kehidupan sehariannya. Semoga terus sukses!
Sumber: Lobakmerah.com
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2i4StPZ
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2niPBEG
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment