Pengguna twitter Jepun Cafe Cat ね こ ろ び telah mengeluarkan satu siri foto yang telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati ramai netizen di mana watak utama foto itu adalah sepasang kucing betina dan kucing jantan yang berwarna oren.
Pada suatu hari, dua ekor kucing telah bertengkar tetapi kita tidak tahu apa sebabnya. Kelihatan kucing betina itu sangat marah, tidak kira bagaimana kucing jantan itu memberi kesabaran kepadanya, perasaan marahnya masih membara di dalam hati.
Semakin lama kucing betina itu melihatnya, semakin geram rasanya dan tiba-tiba kucing betina itu menggigit kucing jantan tersebut!
Kebiasaannya apabila dua ekor kucing bertengkar, sudah tentu mereka bercakaran bukan? Tetapi tidak pada pasangan kucing ini. Ia kelihatan sangat pelik apabila kucing jantan itu tidak berbuat apa-apa malah hanya bertahan dengan diam sahaja.
Jika anda fikir itu adalah cara kucing jantan untuk menenangkan kucing betina maka anda salah kerana cara itu tidak berkesan langsung. Lihatlah kucing betina tersebut masih lagi menggigit kucing jantan itu.
Entah apa yang akan dilakukan oleh kucing jantan itu. Pasti ia ada caranya tersendiri.
Ternyata kucing jantan itu mempunyai tekniknya yang tersendiri untuk menenangkan kucing betina yang sedang naik angin itu.
Oh tidak! Tindakan kucing jantan itu benar-benar berkesan. Lihatlah dengan hanya satu pelukan daripada kucing jantan itu, kucing betina itu sudah menjadi diam dan lembut.
Kelakuan kucing jantan itu sama seperti manusia. Tidak ada faedahnya jika dua-dua hendak berbalah kerana ia pasti berakhir dengan kekecewaan. Tetapi jika salah seorang mengalah, pasti pertengkaran itu berakhir dengan pendamaian yang membahagiakan.
Selepas melihat aksi pasangan kucing oren ini, beberapa netizen telah merumuskan 5 peraturan yang perlu dipatuhi oleh seorang teman lelaki ketika bersama dengan teman wanitanya. Menurut mereka, peraturan itu agak berguna untuk memastikan hubungan berjalan dengan lancar.
#1 Peraturan bercakap
Jangan pilih topik yang kontroversi.
Jangan senyap atau tidak bercakap langsung.
Apabila teman wanita berhenti ketika bercakap, jangan lupa untuk berkata, “Apa yang berlaku selepas itu?”
#2 Peraturan kesetiaan
Percaya anda mampu mengubah teman wanita anda.
Jika tidak mampu mengubahnya, maka kukuhkanlah kesetiaan anda terhadapnya.
Jika tidak mampu juga, ubahlah cara pemikiran anda.
#3 Elakkan bencana
Jangan tanya apa yang anda tidak mahu tahu.
Jangan tanya apa yang dia tidak mahu katakan.
Anda boleh tanya perkara yang lain, tetapi jangan ingat jawapannya.
#4 Peraturan mata
Jangan melihat wanita lain ketika anda bersama dengan teman wanita anda.
Jika anda menatap wanita lain, anda harus mengelak daripada dilihat oleh teman wanita anda.
Jika ia telah dikesan oleh teman wanita anda, tukar fokus mata anda dan tanyakan kepadanya, “dia bukannya cantik, mengapa anda memandangnya?”
#5 Peraturan ketika keluar membeli-belah
Ikut sahaja ke mana dia pergi dan jangan mengomel apa-apa seperti membuang stamina untuk berjalan-jalan.
Jangan lupa mengarah. Apabila dia sesat cepatlah membawanya pergi.
Apabila dia tidak mahu membeli tetapi masih tidak berganjak dari situ, anda harus menjadi orang yang jahat dengan membawanya pergi ke tempat lain.
Sumber: Era Baru
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2AgnPh8
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2Af2Pav
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment