Thursday, 30 November 2017

“Seriouslah Darjah 6?” – Netizen Terpegun Budak Sekolah Rendah Nampak Matang


Budak zaman sekarang memang lain daripada budak-budak zaman dulu. Apatah lagi kini mereka terdedah kepada dunia luar di usia yang muda dengan adanya teknologi dan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.

Tidak hairanlah, pelajar masa kini lebih maju dalam pelbagai aspek termasuklah fesyen dan penampilan kerana mereka mempunyai akses kepada bahan-bahan di internet, berbeza dengan pelajar-pelajar zaman dulu.


Baru-baru ini, tular gambar seorang pelajar perempuan yang mempunyai wajah yang cantik dan penampilan yang kemas. Gambarnya menjadi topik perbualan hangat kerana dikatakan cantik meskipun baru berusia 12 tahun! Mudanyaaaa dik!


Tidak lama selepas itu, sekali lagi pelajar yang sama mendapat perhatian netizen selepas memuat naik gambar makan malam anjuran sekolah di Instagram.Netizen kemudian mula membuat perbandingan tentang pelajar darjah 6 zaman dulu dan sekarang. Memang berbeza beb!



Gambar tersebut yang diikuti dengan caption, “Malam Seribu Kenangan”, telah mendapat perhatian netizen kerana mereka tidak sangka dan terpegun dengan penampilan kesemua individu yang baru sahaja berusia 12 tahun.

Sara dan rakan-rakan lengkap berdandan dan berhias serta mengenakan night dress membuatkan ramai berpendapat bahawa pelajar zaman sekarang nampak lebih matang daripada usia mereka.



Penampilan mereka yang ibarat sudah lebih berusia, sudah semestinya mendapat perhatian ramai. Netizen bagaimanapun tidak lupa untuk mengucapkan tahniah di atas keputusan peperiksaan UPSR tempoh hari.



Namun, ada juga segelintir netizen yang memberikan komen negatif dengan membandingkan zaman mereka dengan zaman pelajar sekarang yang dikatakan terlalu advance. Mereka turut memperlekehkan pelajar-pelajar ini dengan berkata kononnya budak darjah 6 zaman sekarang tidak dapat merasakan keseronokan zaman kanak-kanak seperti dahulu. Lain orang, lainlah kan…




Bagaimanapun, tidak semua bersetuju dengan perbandingan segelintir netizen itu dengan memberikan pendapat mereka bahawa zaman berubah mengikut peredaran masa. Jadi, tidak hairanlah budaya zaman dahulu dan sekarang sama sekali berbeza. Betul tu!


Difahamkan, pelajar-pelajar darjah 6 ini adalah daripada salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur dan menghadiri jamuan makan malam di hotel bertaraf 5 bintang di Mutiara Damansara. Kau hado?

Betullah tu, zaman sekarang tak sama dengan dulu. Dulu-dulu kita pun tak mampu beli make up, apatah lagi nak makan kat hotel.

Sumber: Lobakmerah.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2iqa34M
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2AfM7Yh
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment