Tamatnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermakna tamatlah sesi persekolahan seseorang. Tiada lagi istilah ‘sekolah’ dalam kehidupan mereka selepas itu. Jadi pastinya mereka akan meraikan perpisahan tersebut semeriah yang boleh.
Seperti yang kita tahu, ‘budaya’ menconteng baju bagi pelajar SPM usai sahaja mereka tamat peperiksaan sudah menjadi kebiasaan. Itu adalah antara cara mereka meluahkan rasa seronok dan puas setelah tamat sesi persekolahan. Tetapi berbeza pula bagi wanita ini, dia menganggap perlakuan itu adalah sesuatu yang tidak patut untuk diteruskan.
Mai Izyani telah meluahkan rasa tidak sukanya melalui media sosial,
“Alahai adik-adik. Tolong jangan teruskan ‘budaya’ bodoh”
Menurut Mai, ‘budaya’ ini bukannya baru sahaja wujud. Sejak zaman sekolahnya lagi, ‘budaya’ conteng-menconteng ini sudah berlaku. Boleh dikatakan ‘budaya’ ini adalah turun temurun dari zaman ibu bapa kita lagi.
“Masa zaman akak sendiri, dah nampak depan mata. Pengetua siap berdiri di balkoni sekolah, tenung sahaja dari jauh perangai pelajar habis sekolah (SPM)”
“Conteng baju sekolah, spray-spraywarna sampailah ke dinding sekolah. Habis rosak. Lepastu teriak-teriak MERDEKA. Kalah kera di hutan”
Katanya, dia pelik mengapa pelajar tersebut menganggap dengan habisnya sesi persekolahan ini bermakna merdekalah hidup mereka.
“Kamu semua yakin sangat dah merdeka kenapa? Apakah ilmu dan sistem belajar di sekolah tu diertikan sebagai sebuah kepayahan hidup yang menyakitkan? Yang tiada manfaat? Yang sia-sia? Yang menutup lubang-lubang keseronokan usia remaja?”
“Dan peperiksaan pula satu kezaliman pada akal fikiran”
Mai menambah lagi, sekiranya pelajar sekarang ada ilmu yang lain tanpa perlu pergi ke sekolah atau di mana-mana tempat belajar sebagai sumber ilmu perolehi, tunjukkan pada semua. Dia menganggap, pelajar sekarang seperti tidak bersyukur dengan ilmu yang mereka dapat dari sekolah mereka. Sepertinya kebebasan ini yang dinanti-nantikan selama ini.
“Tunjukkan ilmu tu tak penting dan kamu ada sistem kehidupan yang lebih baik tanpa ilmu dari orang lama”
“Buktikan ada bukit dan gunung yang boleh didaki sehingga bila di puncak kamu melihat orang lain di bawah terlalu kecil, dan orang di bawah melihat kamu teralu besar dan gah!”
Mai memohon agar selepas ini, tiada lagi pelajar yang meneruskan ‘budaya’ ini. Dia meminta agar pelajar menikmati nikmat habisnya sesi persekolahan itu dengan sebaik-baiknya.
“Sudah-sudahlah menikmati ‘budaya’ habis sekolah cara bodoh itu. Yang buat tu pula dah la antara segelintir pelajar-pelajar yang nyata malas dan tak pandai pun..”
“Tapi teriak MERDEKA, mereka seolah-olah orang yang penat lelah berjuang dengan cara terbaik. Kalau yang pandai juga terlimat, tanda ilmunya tak disebatikan dengan akhlak”
Netizen rata-ratanya menyokong dengan kenyataan wanita ini. Tetapi ada juga yang menindas.
Tak kisahlah apa pun mereka buat. Semuanya bergantung pada niat.. Tak salah kalau niat mereka untuk melepaskan lelah setelah 11 tahun dalam sesi persekolahan. Kan?
Sumber: Lobakmerah.com
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2AjEJcu
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2BllTRi
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment