Betul kata orang, cinta tak kenal siapa dan jodoh itu adalah ketentuan Tuhan. Setiap perkara yang berlaku sememangnya telah tertulis dan itulah dinamakan takdir yang telah berlaku. Itulah yang berlaku terhadap satu pasangan ini yang akhirnya melangsungkan perkahwinan mereka biarpun jarak usia mereka yang sangat jauh berbeza.
Memetik laporan Tribunnews, Badu yang berusia 60 tahun telah selamat bernikah dengan pasangannya Ika Nurjannah yang berusia 17 tahun. Mereka disatukan di Pejabat Urusan Agama Sulawesi Tenggara pada 19 November lalu dan keduanya dipercayai belum pernah berkahwin sebelum ini.
Badu dan Ika Nurjannah telah disatukan sebagai suami isteri.
Kisah pernikahan mereka yang sangat unik dan luar biasa ini telah menarik perhatian ramai sehingga berita tersebut dimuat naik ke laman sosial Facebook sebelum ianya tersebar. Pelbagai reaksi netizen yang tertarik dengan perkahwinan mereka yang dikatakan beza umur mereka sangat jauh iaitu sebanyak 43 tahun lamanya seperti datuk dan cucunya.
Disebabkan perbezaan umur yang ketara itulah telah menarik perhatian ramai yang mengatakan perkahwinan mereka sangat diragui. Walau bagaimanapun, pernikahan mereka itu telah disahkan oleh penulis entri tersebut yang dikenali sebagai Lilis. Dia turut mengatakan bahawa dia sendiri menyaksikan ketika kedua pengantin lelaki dan perempuan tersebut disatukan memandangkan pengantin perempuan iaitu Ika adalah rakan sepejabatnya yang dikenali.
“Ika kelihatan begitu bahagia biarpun dia dilihat seperti malu-malu ketika gambarnya dirakamkan untuk kenang-kenangan.”
Berita tentang perkahwinan mereka juga turut disahkan oleh seorang lagi netizen yang mengaku bahawa dia adalah makcik kepada pengantin perempuan serta bertindak sebagai jurusoleknya. Perkenalan pengantin tersebut sebenarnya bermula di tempat kerja kerana mereka berkerja di bawah syarikat yang sama.
Perkahwinan mereka menjadi perhatian ramai seluruh negara.
Kedua-dua mereka adalah tukang kebun dan nak dijadikan cerita mereka kedua-duanya tinggal berjiran berdekatan antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, ada segelintir netizen turut mendoakan kebahagiaan kedua pengantin tersebut serta menyifatkan hubungan dan perkahwinan mereka adalah jodoh semata-mata yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Sehingga pada saat ini, perkongsian Lilis masih terus dibanjiri dengan berbagai pertanyaan serta reaksi netizen yang seolah-olah tidak mempercayai dengan berita perkahwinan mereka.
Selamat pengantin baru dan semoga pengantin perempuan dan lelaki ini bahagia dan kekal sehingga ke akhirnya.
Sumber: http://ift.tt/2wsFEaV
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2A3fSvT
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2Bn2jFd
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment