Tuesday 7 November 2017

Pasar Malam Terbesar Akan Di Buka Di Ipoh, Lebih 1000 Gerai Siap Ada WiFi


Malaysia sememangnya terkenal dengan pasar malam yang menjual pelbagai jenis barang-barangan, daripada makanan, pakaian, hinggalah barangan terpakai.

Berita baik buat peminat pasar malam di sekitar kawasan Ipoh, pasar malam terbesar akan dibuka dengan lebih daripada 1000 gerai jualan.






Dikenali sebagai Ipoh Walk Night Bazaar akan dibuka pada 8 Disember ini, terletak berhadapan AEON Kinta City dan Tesco Ipoh.


Untuk permulaan, 750 gerai akan dibuka dengan 300 daripada nya menjual makanan-makanan dari Asia dan serata dunia, dan selebihnya menjual barang-barangan peribadi seperti pakaian, peralatan rumah dan aksesori.



Menariknya, pasar malam tersebut juga akan disediakan lebih daripada 1000 parking, kemudahan surau, dan WiFi percuma.


Sumber: ERA fm 


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2zjC9Fp
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2iBZKqg
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment