Monday 24 July 2017

(VIDEO) Ibu Berpantang Ditendang Di Perut Sehingga Alami Pendarahan Serius Akibat Menegur Sekumpulan Remaja Biadap Membuat Bising


KOTA DAMANSARA - Seorang wanita yang sedang berpantang didapati tidak sedarkan diri selepas ditendang ke bahagian perutnya selepas seorang wanita yang dipercayai tidak berpuas hati mangsa menegurnya akibat membuat bising.

Dalam kejadian pada jam 8.30 malam semalam, wanita yang baru sahaja bersalin itu dikatakan telah menegur sekumpulan remaja yang membuat bising di hadapan rumahnya yang menyebabkan anak kecilnya menangis.

Ibu muda berkenaan dikatakan menjadi berang dan keluar untuk menasihati mereka agar meninggalkan tempat berkenaan selain meminta mereka jangan berbuat bising memandangkan bayinya terganggu.

Namun, nasihat wanita terbabit langsung tidak diendahkan sekumpulan remaja berkenaan malah terus membuat bising yang akhirnya berlaku pertengkaran kecil sehingga tiba-tiba salah seorang remaja berkenaan dipercayai perempuan bertindak menendang wanita yang sedang dalam berpantang itu ke bahagian perutnya.


Suspek yang dikatakan menendang mangsa.

Laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa.

Ekoran kejadian itu wanita terbabit dikatakan tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital setelah mengalami pendarahan yang serius akibat ditendang.

Kes berkenaan telah dilaporkan kepada polis dan siasatan masih dijalankan. Si pelaku turut dilaporkan telah menghilangkan diri.

Satu rakaman video dan beberapa gambar termasuk laporan polis telah jadi viral di media sosial dan menarik perhatian netizen yang turut mengecam tindakan wanita terbabit selain mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap suspek yang disifatkan terlalu biadap dan kurang ajar.


Sumber: Koleksi Viral


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2uYvDlF
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2uYvPkz
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment