Tuesday 25 July 2017

SEDIH! Pihak Katering Muncul Selepas Majlis Kahwin Selesai, Tuan Rumah Masak Lauk Sendiri


Setiap majlis perkahwinan mestilah kita nak adakan yang sempurna kan. Dari segi pengantinnya, pakaiannya, jamu tetamu, makanan. Tapi kita hanya merancang kan. Sebaik macamana pun rancangan yang dah diaturkan, akan ada kesilapan yang datang kalau bukan dari kita, datang dari pihak lain.

Tular di media sosial apabila satu perkongsian yang dimuat naik oleh orang berpengaruh di Melaka, dimana pihak katering tidak hantar makanan pada majlis perkahwinan anak saudaranya di Klang. Tindakan tidak bertanggungjawab dan cuai pihak tersebut membuatkan tuan rumah terpaksa memasak lauk sendiri dan sempat menyiapkan dua lauk dan selebihnya di beli dalam keadaan yang kelam kabut.

Menurut apa yang ditulis Latipah Omar, ketika majlis berlangsung, pihak katering masih tidak munculkan diri hingga tetamu yang lain dijamu dengan masakan mereka sendiri. Pihak katering hanya muncul selepas majlis selesai, pihak tetamu telah pun balik, dan khemah sudah dikemas.

“Jam 4.10 petang, majlis dah habis. Makanan baru sampai. Pergi baliklah”




Demikian suasana majlis yang telah pun selesai dan ketika ini, barulah pihak katering muncul.

Dikatakan, pihak katering telah pun minta maaf kepada keluarga pengantin.

Hmm.. Kesian keluarga pengantin, hari bahagia bertukar menjadi hari yang mengerikan. Berhati-hati lah kalau nak tempah catering selepas ni.

Sumber: Kisah Dunia


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2uVcOPC
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2vHl4R4
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment