Sunday 2 July 2017

Kopi Membantu Kurangkan Risiko Serangan Kanser Hati. Semakin Banyak Kopi Diminum, Semakin Tinggi Sistem Kekebalan Tubuh Melawannya


UMUM mengetahui kopi mampu menghilangkan rasa mengantuk. Bagaimanapun, kajian terbaharu yang dijalankan oleh pakar penyelidik daripada Universiti Edinburgh, Scotland mendapati, minuman tersebut mampu membantu mengurangkan risiko serangan kanser.

Penyelidiknya, Dr. Oliver Kennedy memberitahu, dengan hanya menjadikan secangkir kopi sebagai minuman harian, ia dapat mengurangkan risiko serangan kanser hati.

“Kanser hati merupakan antara enam jenis kanser yang paling banyak dideritai oleh individu di Asia dan Afrika. Malah, ia merupakan antara kanser yang membunuh.

“Bagaimanapun, ia dapat dikawal dengan pengambilan kopi sebagai minuman setiap hari. Ini kerana, kewujudan molekul senyawa yang terdapat dalam biji kopi memiliki sifat antioksidan, anti-inflamasi dan antikarsinogen yang membantu mencegah penularan kanser hati.

“Semakin banyak kopi diminum, semakin tinggi sistem kekebalan tubuh melawannya,” jelas Kennedy.

Biarpun begitu, menurut penyelidik itu lagi, individu bagaimanapun tidak disarankan untuk mengambil kopi dalam kuantiti yang terlalu banyak, lebih-lebih lagi bagi wanita hamil kerana dikhuatiri memberi kesan negatif terhadap janin. - Kosmo


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sgYe0e
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2swxBJa
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment