Saturday 22 July 2017

Jangan Letak Makanan Pada Pinggan Corak Viral, Bahaya


Minggu lalu viral di media sosial pinggan bercorak yang dijual murah di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Maka berduyun-duyun orang ramai pergi ke sana untuk memborong pinggan mangkuk tersebut. Tak ada salahnya, cuma menurut Pensyarah Kanan Jabatan Kimia Universiti Malaya, Dr Nor Asrina Sairi pinggan bercorak bahaya jika kita gunakan untuk meletak makanan. 

Kebanyakkan pinggan mangkuk bercorak mempunyai logam plumbum (lead) di dalamnya. 

“Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung.

“Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan,” katanya.

“Saya cadangkan pengguna gunakannya untuk perhiasan atau koleksi, elakkan guna untuk hidang makanan harian.

“Kalau warna atau sadurannya di luar, itu OK lagi, tapi bila sekarang trend baru di bahagian dalam pun disalut, itu yang kita agak khuatir,”

Sumber: ERA fm


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2uMxYin
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2unMgnI
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment