Monday 3 July 2017

Daler Yusuf Minta Maaf, Terpeluk Dada Nelydia Senrose


Pelakon Daler Yusuf mengakui video yang memperlihatkan dia memegang dada aktres Nelydia Senrose yang tersebar luas sejak Sabtu adalah kejadian sebenar.

Bagaimanapun kata pemilik nama sebenar Daler Yusuf Muhammad, 23, itu, dia tidak sengaja memegang dada Nelydia dan memohon maaf kepada peminat yang tersinggung kerana kejadian itu.

Sejujurnya saya memang tidak sengaja terpegang bahagian dada Nelydia ketika itu.

Saya dengan rendah hati memohon maaf kepada semua yang tersinggung atau terasa hati dengan video itu,” katanya.

Daler dikritik hebat oleh netizen selepas video itu menjadi tular di laman sosial dan ada mendakwa dia sengaja memegang dada Nelydia.

Malah ada pula menyifatkan perbuatan Daler itu tidak menghormati kaum wanita.

Menjelaskan situasi sebenar, Daler memberitahu Insiden itu berlaku ketika dia sedang membonceng motosikal yang dipandu Nelydia bagi menjayakan sebuah babak drama lakonan mereka iaitu Encik Suami Mat Salleh Celup.

Jelasnya lagi, ketika kejadian, dia sedang mendepakan tangannya sebelum Nelydia secara tiba-tiba menekan brek motosikal ketika melalui bonggol sehingga menyebabkan dia terkejut dan memeluk pelakon itu secara spontan sehingga terkena pada bahagian dadanya.

Ia merupakan salah satu babak yang menarik dalam drama terbaru lakonan kami. Saya benar-benar tidak sengaja kerana terkejut apabila Nelydia tiba-tiba menekan brek,” jelasnya.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sETAZz
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2siWoMo
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment