Monday 3 July 2017

Beras Import Kemungkinan Akan Naik 10 Peratus


SHAH ALAM - Akibat dipengaruhi pasaran antarabangsa dan nilai ringgit yang rendah, harga beras import kemungkinan akan dinaikkan sebanyak 10 peratus dalam tempoh terdekat.

Menurut Presiden Persatuan Pemborong Beras, Wu Zi Lian, disebabkan ada tanda menunjukkan harga beras di peringkat global lebih mahal berbanding sebelum ini, adalah diramalkan harganya akan dinaikkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

“Mengenai harga beras tempatan pula, buat masa ini harganya masih dalam keadaan stabil. Bagaimana pun, hasil pengeluarannya akan terjejas sedikit pada hujung tahun.

“Kita tidak terlalu bimbang mengenai kadar kenaikan harga beras tempatan memangdangkan ia masih dikawal oleh pihak kerajaan,” katanya kepada Oriental Daily. - Sinar Harian


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tL3hKW
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2tDPkhy
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment