Tuesday 4 July 2017

Baru Tahu, Rupanya Garisan Kecil Pada Wang Kertas Malaysia Ada Maksud Yang TERSEMBUNYI.!!


Hari-hari guna duit tapi tak pernah pula rasa nak ambil tahu tentang duit, apa yang biasa kita buat hanyalah nak mengeluh bila tak cukup duit

Mesti anda semua tak perasan, tapi satu fakta baru tentang wang kertas Malaysia telah dijumpai yang mungkin ramai antara anda yang masih tidak tahu tentang ini

Jika anda lihat pada duit satu ringgit ini, nampak seperti duit kertas biasa saja kan. Tapi jika anda lihat dengan teliti anda akan nampak satu garisan halus di sebelah kiri pada bahagian bawah duit ini.

Pernah tak anda tertanya apakah fungsi garisan halus itu?

Sebuah gambar yang telah dimuatnaik oleh@UvuvwevwevOssas ini mula viral di laman Twitter sejak Sabtu lalu lagi.

Gambar yang telah dimuatnaik oleh beliau telah dikongsikan sebanyak 11 ribu kali di laman Twitter. Sejak dari hari itu, ramai orang yang tertanya tentang fungsi garis halus ini.

Jadi, apakah fungsi garisan halus itu?




Seperti apa yang ditulis dalam tweet beliau, dikatakan garisan itu adalah untuk membantu warga orang kurang upaya (OKU) untuk mengenalpasti nilai wang menerusi sentuhan. Ya, memang betul, garisan halus ini dikenali sebagai bacaan Brailles. Bacaan Brailles ini amat penting untuk digunakan bagi memudahkan warga kurang upaya untuk menggunakan wang dan berurusan dalam hal jual beli.


Kalau anda masih tidak percaya, apa kata anda buka dompet dan check duit anda sekarang! Jika anda jumpa garisan halus pada sebelah kiri di bahagian bawah itu, cuba rasa dan bezakan dengan nilai wang kertas yang lain.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sBCkcl
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2tllLP1
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment