Bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza Halim telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan seorang juruterbang berstatus duda anak tiga yang dikenali sebagai Jefri.
Fiza ketika dihubungi telah mengesahkan perkara tersebut namun enggan berkongsi apa-apa memandangkan suaminya itu kini sedang berada di hospital.
Bagaimanapun, Jefri telah memuatnaik beberapa keping gambar dia dan Fiza sedang bersalaman di hari raya dengan kapsyen "Raya pertama done with my wifey" sedikit sebanyk telah menjelaskan lagi hubungan mereka.
Sementara itu, ini merupakan perkahwinan ketiga buat Fiza selepas mengalami dua kegagalan.
Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, dia dikurniakan dua anak, Ferra Aryana Ahmed Farriq, 10, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq,9.
Selepas itu, Fiza kembali mendirikan rumah tangga dengan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Adam pada September 2013.
Bagaimanapun perkahwinan ini hanya bertahan selama tujuh bulan sebelum mereka bercerai buat kali pertama.
Fiza dan Adam mengambil keputusan untuk rujuk selepas tiga bulan bercerai, namun setahun kemudian mereka disahkan bercerai buat kali kedua.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tBQ7Py
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ugfofV
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment