Saturday, 29 February 2020

"Terima Kasih Semua "- Selesai Tugas, Tun Mahathir Dipeluk Erat Isteri Dengan Air Mata


Setiap jatuh bangun seorang suami sudah tentu ada insan bergelar isteri yang sangat setia bersama dalam apa keadaan sekalipun.

Jika dilihat dalam arena politik yang sedang meruncing ini, mereka yang berada di atas pemerintahan semuanya mempunyai isteri yang sentiasa bersama dalam waktu senang dan sukar.

Kasih sayang seorang isteri

Pada pagi tadi, seusai sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan al-Bukhary, isterinya Tun Dr Siti Hasmah telah datang kepada suaminya dan memeluk erat negarawan itu.




A post shared by Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) on

Merangkul erat suaminya

Tolak tepi sebentar berkenaan kemelut yang melanda, Tun Siti dilihat tersenyum dan sedikit sebak ketika merangkul erat Tun M dihadapan media.


Walaupun masing-masing cuba menyorok gusar dihati, namun mereka berdua tetap mesra melayani media.

Semoga terus dalam pelukan Allah S.W.T

Menerusi muat naik yang mengucapkan terima kasih kepada semua, Instagram rasmi Tun Mahathir telah dipenuhi dengan ucapan-ucapan terima kasih kembali kepada bekas perdana menteri tersebut.

Mereka juga berharap agar Tun M boleh mulai berehat dan setiap jasa serta pengorbana beliau akan terus dikenang selamanya.


Terima kasih Ayah


Selamat berehat Tun


Sumber : chedetofficial via https://ohmymedia.cc


from Sehinggit Media https://ift.tt/2TvPsut
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3aisgXf
via merahhaticintaku.blogspot.my

Muhyiddin Pentingkan Politik, Bukan Prinsip - Tun Mahathir


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak akan bekerjasama dengan ahli politik UMNO secara ‘en bloc’.

Kata beliau, terdapat ahli politik UMNO yang masih menghadapi pertuduhan rasuah dan mereka berkemungkinan dapat dilepaskan daripada tuduhan tersebut sekiranya memasuki kerajaan campuran.

Menurut Dr Mahathir, walaupun beliau tidak boleh menerima hakikat ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup menerima apa-apa sahaja kerana Muhyiddin lebih 'mementingkan politik berbanding prinsip'. 

“Saya enggan bekerjasama dengan orang yang masih berdepan perbicaraan dalam mahkamah jenayah,” kata Ahli Parlimen Langkawi itu.

“Sekiranya mereka tidak bersalah, mungkin saya akan bekerjasama dengan mereka. Jika mereka didapati bersalah, saya tidak boleh bekerjasama dengan mereka.


“Sekiranya keputusan dibuat untuk menubuhkan kerajaan bersama UMNO, kerajaan itu akan melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan lain-lain.

“Mahkamah mungkin akan berasa malu untuk mengambil tindakan terhadap kerajaan. Kita pernah lihat perkara ini berlaku ketika bawah pentadbiran Najib,” katanya.

Oleh itu, kata Dr Mahathir, "saya tidak boleh menerima hakikat tersebut. Namun, Muhyiddin sanggup menerima apa-apa sahaja. Katanya, politik lebih penting berbanding prinsip.”

Pada sidang media di Yayasan Albukhary di sini pagi ini, Dr Mahathir menegaskan beliau memiliki sokongan ahli Parlimen melebihi jumlah yang diterima Muhyiddin.

Pagi ini, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Beliau dinamakan sebagai Perdana Menteri kelapan setelah Yang di-Pertuan Agong percaya Muhyiddin mungkin mendapat sokongan majoriti ahli dewan rakyat.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2TaG401
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3afm3et
via merahhaticintaku.blogspot.my

Akan Segera Bawa Usul Undi Tidak Percaya – Anwar


Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Parlimen dalam waktu segera.

”Usul undi tidak percaya, kita dah ambil keputusan sesegera mungkin.” katanya ketika disoal media.

Namun, kata Anwar tiada tarikh ditetapkan dan perkara itu terserah kepada Parlimen.


Krisis politik negara menemui penamat apabila Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin secara rasmi hari ini dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Walau bagaimana pun, Pakatan Harapan (PH) mendakwa mereka mendapat sokongan majoriti 112 Ahli Parlimen.


Sumber: Bernama via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/2uDBSfU
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/39bTTBh
via merahhaticintaku.blogspot.my

Penganut Agama Hindu Buat "Perisai", Lindungi Umat Islam Sedang Solat Jumaat Dari Diserang Perusuh


Ramai sedia maklum rusuhan yang sedang berlaku di negara India ketika ini yang melibatkan kumpulan perusuh dan penganut agama Islam di negara itu.

Namun, tak semua sakit dan darah yang dapat kita saksikan kerana gambar yang dikongsi oleh Md Jahir Uddin Laskar ini mengajar kita satu erti perpaduan antara dua agama iaitu Hindu dan Islam.


Kejadian indah ini berlaku apabila umat Islam menunaikan solat Jumaat, penganut-penganut agama Hindu membuat perisai manusia bagi mengelakkan jemaah yang sedang solat dari diserang perusuh.

Semoga kemelut di negara India dapat diselesaikan dengan baik.


Sumber: Md Jahir Uddin Laskar via Siakapkeli.my



from Sehinggit Media News https://ift.tt/3cuyDsu
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Tmv7aM
via merahhaticintaku.blogspot.my

Agong Enggan Jumpa Saya Lagi - Tun Mahathir


KUALA LUMPUR: “Yang di-Pertuan Agong sudah membuat keputusan untuk tidak berjumpa dengan saya lagi.”

Demikian kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media khas di Yayasan al-Bukhary di sini hari ini.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sudah membuat keputusan untuk tidak berjumpa dengan beliau lagi.

Ini kerana, baginda sudah berkenan melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.


“Itulah situasi sekarang.

“Saya tidak dapat berkomunikasi dengan pihak Istana Negara. Saya tidak ada peluang untuk memberitahu Raja bahawa Muhyiddin tidak mempunyai sokongan majoriti

“Muhyiddin akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada pukul 10:30 pagi walaupun kami mempunyai 114 Ahli Parlimen yang menyokong kami,” katanya.

Tegas beliau, majlis angkat sumpah di Istana Negara pagi ini menyaksikan seorang ahli parlimen yang tidak mempunyai sokongan majoriti dilantik bagi menubuhkan kerajaan.

“Yang kalah akan tubuhkan kerajaan, manakala yang menang jadi pembangkang.

“Ini satu situasi yang pelik,” katanya.

Pada Sabtu, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2VvueiR
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/38eAHBk
via merahhaticintaku.blogspot.my

Muhyiddin Paling Banyak Khianati Saya, Kata Mahathir


Berbanding Azmin Ali, bagi Dr Mahathir Mohamad, 'luka' lebih dalam dirasainya berpunca daripada tindakan Muhyiddin Yassin yang diberi kepercayaan menjadi presiden Bersatu selepas mereka diketepikan dari Umno beberapa tahun lalu.

Ditanya semasa berdepan dengan media di Yayasan Albukhary di Kuala Lumpur hari ini, Mahathir berkata, Azmin memang memiliki agenda tersendiri dan pada masa sama, Muhyiddin menyusun perancangan yang akhirnya berjaya.

“Dia (Azmin) mempunyai agenda sendiri. Saya rasa dikhianati, paling banyak oleh Muhyiddin.

Beliau (Muhyiddin) merancang ini untuk masa yang lama dan kini dia berjaya,” katanya.

Ketika Mahathir - yang dilantik Yang di-Pertuan Agong sebagai perdana menteri sementara - berkata, Muhyiddin dan penyokongnya sedang menuju ke Istana Negara bagi menghadiri acara angkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan Malaysia.


Terdahulu Mahathir ditanya sama ada beliau berasa marah atau tidak dengan tindakan Azmin yang memulakan gerakan bersama 10 ahli parlimen lain meninggalkan PKR Ahad lalu.

Ia membawa kepada pengumuman dibuat Muhyiddin bahawa Bersatu tidak lagi bersama gabungan PH dan akhirnya menjatuhkan kerajaan yang diasaskan pada 8 Mei 2018.

Untuk rekod sebelum ini Muhyiddin ialah timbalan kepada Najib Razak yang menjadi perdana menteri sehinggalah skandal 1MDB didedahkan, menyaksikan ahli parlimen Pagoh itu mengkritik kepemimpinan Umno.

Perselisihan itu membawa kepada penubuhan Bersatu yang kemudian dibawa menyertai PH. Gabungan itu berjaya memperoleh sokongan majoriti pengundi semasa PRU14 lalu membentuk kerajaan pusat, serta kebanyakan negeri.

Najib kemudian didakwa di mahkamah atas puluhan tuduhan membabitkan rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa. Kes itu sedang dibicarakan di mahkamah.  

Sumber: Malaysiakini


from Sehinggit Media News https://ift.tt/32CVDkp
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2wj5UWG
via merahhaticintaku.blogspot.my

Anak Bawah 2 Tahun Jangan Sesekali Lambung Tinggi-Tinggi. Boleh Berlaku Pendarahan!


Lambung anak tinggi-tinggi, pastu tangkap balik, dan anak pun ketawa suka. Ibu bapa mesti biasa buat begini kan? Niatnya hanya nak eratkan bonding dengan anak.

Memang betul ini antara bonding-moment bapa dan anak. Lupakan gajet sementara dan main lambung-lambung lagi berharga.

Tapi!

Lambung anak ni ada bahayanya. Kadang kita leka sampai terlambung dengan kuat dan laju. Disinilah mengundang bahaya. Bukan bahaya tak dapat sambut. Saya tahu bapa-bapa semua sado orangnya.

Bahaya datang dengan 3 masalah bila kita lambung tinggi dengan kuat dan laju.

1. Gegaran otak (concussion)
2. Pendarahan otak (ICB)
3. DAI (diffuse axonal injury)

Kebiasaan masalah ini berlaku pada anak kecil, bawah umur 2 tahun.


Apa yang berlaku adalah, bila anak dilambung dengan kuat, badannya akan berpindah dari bawah ke atas dalam masa yang singkat, kemudian apabila ditangkap kembali, dari pergerakan dia yang tengah laju di udara terus terhenti di tangan si bapa. INERTIA akan berlaku.

Inertia berlaku (badan terhayun kehadapan) apabila objek diberhentikan serta merta, kerana kecenderungan objek untuk mengekalkan keadaan asal pergerakan. Sebab itu la berlakunya keadaan badan terhayun kehadapan. Haaa… Faham tak ni. Ajar fizik pula?

Kanak-kanak bawah umur 2 tahun tidak mempunyai otot leher yang kuat, jadi kepala mereka akan tersentap kehadapan dan kebelakang dengan lebih. Inilah yang membawa kepada gegaran di otak.

Dan Jika Pergerakan Itu Laju, Maka Otak Boleh Melanggar Dinding Tempurung Kepala Dan Menyebabkan Pendarahan. Keadaan Yang Paling Teruk Adalah Diffuse Axonal Injury, Iaitu Kerosakan Pada Saraf Otak.

Kalau mengalami kerosakan atau injury otak yang teruk, ia dipanggil Shaken Baby Syndrome. SBS biasa terjadi ketika anak berumur 6-8 minggu, kerana waktu ini mereka paling kuat nangis. Jadi kita ni pun goyang-goyangkan, dan ayunkan dia nak bagi diam. Kan?

Dan SBS boleh juga terjadi sehingga umur 2 tahun. Malah ada juga kes melibatkan kanak2 umur 5 tahun.

Tanda-tanda kecederaan pada otak adalah:

1. Muntah yang berterusan. Muntah yang projectile, iaitu mencurah ke hadapan.

2. Lemah dan tidak bermain seperti biasa. Banyak tidur

3. Tidak dapat menghisap susu dengan baik

3. Tidak sedar diri

Jika ada tanda begini selepas melambung anak, bawalah anak ke doktor untuk pantauan.

Lepas ini, janganlah kata haram melambung anak pula. (haramlah untuk anak kecil bawah 2 tahun ok!). Kalau hendak, buatlah dengan berpada-pada. Jangan si bapa yang terlebih eksited dari anak?

InsyaAllah, anak-anak kita semua terhindar dari perkara ini.

Kredit: Dr Aishah Alsagoff via https://ift.tt/2ByeaBO


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2TraBWt
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2wR2pqP
via merahhaticintaku.blogspot.my

Muhyiddin Dijangka Angkat Sumpah Perdana Menteri Kelapan Hari Ini


KUALA LUMPUR: Selepas seminggu negara menghadapi kemelut kepimpinan politik, Malaysia hari ini bakal menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dijadual diadakan di Istana Negara pada 10.30 pagi ini.


Majlis berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen.

Pelantikan Muhyiddin, 72, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai Perdana Menteri kelapan, dibuat selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Pagoh itu dilantik ke jawatan nombor satu kerajaan susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Feb, sehingga mencetuskan krisis politik tanah air, menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa dan perubahan gabungan parti-parti politik.

Sumber: BERNAMA


from Sehinggit Media https://ift.tt/2wWVXi5
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2I4WNf2
via merahhaticintaku.blogspot.my

Kena Selalu Makan Sayur Ulam Raja Untuk Awet Muda Dan Kekal Remaja


Ulam Raja ini tergolong di dalam spesis kosmos yang bermaksud ditanam sebagai pokok hiasan kerana memiliki bunga yang berwarna-warni.

Menariknya Ulam Raja ini juga di kenali sebagai Intan Berayun atau Kenikir oleh sesetengah masyarakat tempatan di Malaysia.

Ulam Raja ini amat mudah di tanam dan mampu mencapai sehingga dua meter kerana pokok Ulam Raja ini mudah membiak dan membesar. Menurut kajian yang dilakukan terhadap Ulam Raja ini, sayur ulam ini memiliki:

3% Protein
4% Lemak
Karbohidrat
Kalsium
Vitamin A

Ulam Raja yang juga tergolong sebagai salah satu spesis herba ini menjadi pilihan masyarakat di Malaysia untuk digunakan sebagai ubat-ubatan atau di makan bersama nasi atau dicecah dengan budu, sambal belacan, tempoyak atau cencaluk.


Ulam Raja ini sering dihidangkan sebagai pembuka selesa sejak zaman masyarakat Melayu lama dan gaya pemakanan ini masih di teruskan sehingga ke hari ini, cuma sayang generasi muda kurang gemar untuk memakan sayur-sayuran segar dan ulam-ulaman.

#1 Melancarkan Peredaran Darah

Ulam Raja telah digunakan secara tradisi untuk menbantu melancarkan peredaran darah, mencuci darah dan menguatkan tulang. Ulam ini juga kaya dengan antioksida yang tinggi iaitu setiap 100gm Ulam Raja menyamai kandungan antioksida sebanyak 2,400mg L-asid askorbik. Dan sehingga kini terdapat lebih daripada 20 jenis bahan antioksida telah ditemui di dalam Ulam Raja ini.

#2 Menambah Kandungan Oksigen Dalam Darah

Ulam Raja ini mampu menambah kandungan oksigen di dalam tubuh badan manusia di mana sayur Ulam Raja ini juga dapat memberi keseimbangan dan kesegaran pada seluruh tubuh badan.

Justeru itu tidak hairan mengapa masyarakat orang kampung pada zaman dahulu tidak memiliki sebarang penyakit kronik dan kekal cergas dan sihat kerana gaya pemakanan sayur Ulam Raja secara kerap dapat melindungi tubuh badan mereka.

#3 Berfungsi Mencegah Bakteria Dan Fungus

Siapa sangka bahawa sayur Ulam Raja ini rupa-rupanya mampu mencegah bakteria dan fungus! Kajian yang dijalankan mendapati bahawa ekstrak daun Ulam Raja memiliki bahan kimia klorofom yang mengandungi costunolide, stigmasterol, lutien dan bipyridine.

Kandungan aktif ini mampu merencatkan aktitivi sesetengah bakteria atau fungus seperti Candida albicans, Bacillus subtilis dan E.coli. Dan ini membuatkan si pemakan Ulam Raja terhindar dari serangan bakteria serta fungus.

#4 Mengekalkan Keremajaan

Dengan memakan Ulam Raja ini, si pemakan dapat mengekalkan keremajaan diri secara semulajadi. Gaya pemakanan yang sihat dan mengamalkan pemakanan Ulam Raja secara kerap memberikan kesan awet muda kerana Ulam Raja ini mampu membekalkan kandungan oksigen yang tinggi ke dalam darah dan sekaligus membuatkan kulit memiliki penyerapan yang bagus serta kulit wajah menjadi semakin anjal.

Selain itu, pemakanan sayur-sayuran hijau dapat melicinkan kulit serta memancarkan aura seri dari dalam tubuh si pemakan Ulam Raja.

#5 Kaya Dengan Vitamin A Dan Antioksidan

Sayur Ulam Raja ini kaya dengan sumber vitamin A dan antioksidan, ia dapat membantu meningkatkan daya penglihatan dan mengurangkan kesan penuaan. Malah jika anda memiliki masalah kulit seperi psoriasis atau ekzema maka pengambilan sayur Ulam Raja ini dapat membantu sebagai salah satu cara alternatif untuk merawat masalah tersebut.

Tetapi jika anda memiliki masalah kulit yang terlalu serius, dinasihatkan untuk bertemu dengan doktor dan dapatkan nasihat pemakanan yang bersesuaian mengikut jenis penyakit yang dihidapi.

Nah, bayangkan Ulam Raja sahaja memiliki pelbagai khasiat yang bagus dan baik untuk tubuh badan manusia. Belum lagi digabung dengan sayur ulam-ulaman yang lain yang sudah tentunya dapat memberikan kesan kesihatan yang cukup baik untuk kesihatan tubuh badan manusia.

Justeru itu, wanista ingin menggalakkan generasi muda di Malaysia untuk kerap memakan sayur ulam-ulaman dan makan dengan gaya pemakanan yang sihat agar tubuh badan anda menjadi sihat, cergas dan minda kekal aktif.

Selamat menjamu selesa bersama Ulam Raja!

Sumber:https://www.wanista.com


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2uKAVmc
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/39bJkxL
via merahhaticintaku.blogspot.my

“Saya Bersama Lima Lagi Ahli Parlimen PPBM Tidak Bersama-Sama Menyokong Pelantikan Tan Sri Muhyiddin” – Tun M


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan melantik Tan Sri Mahiaddin Md Yassin (Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri kelapan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, pada hemat Seri Paduka Baginda, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Terbaru, Tun Dr. Mahathir mengeluarkan satu kenyataan media melalui Facebook rasmi miliknya menjelaskan isu pelantikan Perdana Menteri ke-8 itu.


Sumber: Dr. Mahathir via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/2TqOrnf
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2TngIuW
via merahhaticintaku.blogspot.my

Things We Loved in February

Sharing a life update on motherhood, maternity leave and of my favorite things from the month of February 2020. Everything from my favorite products, treats I’m loving, my experience on being a mother during the first month, and a recap of everything on the blog last month! Happy freakin’ weekend (and almost March)! How are

The post Things We Loved in February appeared first on Ambitious Kitchen.



* This article was originally published here

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3a8uCIa
via merahhaticintaku.blogspot.my

Proses Pelantikan Perdana Menteri Ke-8 Belum Selesai - Husam


KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Husam Musa menganggap pelantikan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8 masih belum lagi tamat sepenuhnya.

Husam berkata, Perdana Menteri yang baharu dilantik itu perlu melalui proses di Parlimen bagi membuktikan bahawa beliau mendapat mandat daripada anggota Ahli Dewan Rakyat.

"Proses yang pertama telah selesai, iaitu Yang Di-Pertuan Agong telah menetapkan melalui proses yang mengikut Perlembagaan dimana Baginda menetapkan seorang Perdana Menteri.


"Tetapi Perdana Menteri ini perlu melalui proses Parlimen untuk menetukan sama ada beliau mendapat mandat daripada ahli-ahli Parlimen ataupun tidak," katanya yang ditemui media di luar perkarangan Yayasan Al Bukhari di sini petang tadi.

Selain Husam, pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Harapan mula tiba di bangunan Yayasan Al Bukhari  termasuk Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pertemuan dipercayai bagi membincangkan pengumuman yang telah dibuat oleh Istana Negara di atas perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/32BL7Kd
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/388VZk2
via merahhaticintaku.blogspot.my

Ibu Darah Jenis O Antara Penyebab Bayi Kuning Lepas Lahir


Ibu yang mempunyai darah jenis O mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mempunyai anak yang kuning ketika baru lahir. Bagi memahami kenapa perkara ini berlaku, kita kena faham kenapa ada blood grouping system.

Seperti yang kita tahu badan manusia tidak akan membenarkan benda asing seperti bakteria, virus, fungus dan juga sel-sel yang lain untuk memasuki badan kita. Cara badan kita nak kenalpasti benda asing ini adalah mengenal pasti antigen-antigen yang terletak pada permukaan sesuatu benda asing tersebut.

Berkenaan dengan antigen ini, cuba kita bayangkan diri kita sendiri. Setiap seorang daripada kita mempunyai IC sebagai bukti yang kita ini adalah rakyat Malaysia. Siapa yang tidak mempunyai IC ataupun dia mempunyai passport adalah bukan rakyat Malaysia. Jadi kita tahu siapa yang sebenarnya betul-betul rakyat Malaysia ataupun pendatang asing.

Ini memudahkan penguatkuasaan undang-undang jika berlakunya sesuatu. Begitu juga antigen ini. Ianya boleh digambarkan seperti IC yang menunjukkan bahawa sel itu berasal daripada tubuh badan kita sendiri ataupun sesuatu yang asing.

Jika ianya asing, maka sel darah putih akan menangkap ataupun istilah yang lebih tepat adalah memakan sel asing tersebut dan membunuhnya. Inilah adalah salah satu mekanisma pertahanan badan untuk mengelakkan benda asing mencerobohi badan.


Dalam sel darah merah, ada beberapa jenis antigen yang digunakan untuk system grouping. System grouping bagi sel darah merah yang selalu digunakan di Malaysia ada 2 jenis iaitu ABO dan juga rhesus daripada 30 lebih sistem grouping yang lain.

Dalam post ini kita cerita pasal ABO grouping sahaja. Saya cuba ringkaskan seringkas yang mungkin supaya semua boleh faham. Sesorang itu ditentukan jenis darahnya pada antigen yang wujud pada permukaan sel darah merah. Jika sel darah itu ada antigen jenis A, maka darah itu jenis A. Jika sel darah itu ada antigen jenis B, maka kita katakan ia adalah darah jenis B.

Apa pula cerita darah jenis O? Pada darah jenis O tidak wujudnya kedua-dua antigen tersebut. Makna kata, Antigen A dan B tidak wujud pada permukaan sel darah merah orang yang mempunyai darah jenis O. Kalau darah jenis AB pula bermaksud, kedua-dua antigen A dan B itu akan hadir pada permukaan sel darah merah

Yang paling penting adalah perkara yang akan saya terangkan ini. Sesiapa yang mempunyai darah jenis A akan menghasilkan antibodi yang akan melawan darah jenis B. Manakala, siapa yang mempunyai darah jenis B pulak akan menghasilkan antibody untuk melawan darah jenis A.

Orang yang mempunyai darah jenis O pula akan menghasilkan antibody yang akan melawan kedua-dua darah jenis A dan juga B. Orang yang mempunyai darah jenis AB pula tidak akan menghasilkan antibody untuk melawan kedua-dua jenis antigen tersebut.

Saya ringkaskan,

Darah Jenis A —–> menghasilkan antibodi B

Darah Jenis B —–> menghasilkan antibodi A

Darah jenis O —–> menghasilkan antibodi A dan B

Darah jenis AB —–> tidak menghasilkan antibodi


Jadual ringkas berkenaan kumpulan darah ABO berserta antibodi yang dihasilkan oleh mereka

ANTIBODI NI APA PULAK?

SECARA RINGKASNYA ANTIBODI INI ADALAH PROTEIN YANG AKAN MENYERANG SEL YANG MEMPUNYAI ANTIGEN TERSEBUT. SEBAGAI CONTOH, ANTIBODI B AKAN MENYERANG SEL DARAH MERAH JENIS B DISEBABKAN IANYA MEMPUNYAI ANTIGEN B PADA PERMUKAAN SEL DARAH MERAH ITU. SEBAB ITU DARAH JENIS A TIDAK BOLEH DIDERMAKAN PADA ORANG YG MEMPUNYAI DARAH JENIS B

Kenapa ibu yang mempunyai darah jenis O menyebabkan bayi senang kena kuning?

Hanya bayi yang mempunyai darah selain daripada O iaitu A, B dan AB akan mempunyai risiko yang tinggi untuk kuning. Kalau bayi itu sendiri mempunyai darah jenis O, ianya tidak berisiko untuk mendapat kuning walaupun emak mempunyai darah jenis O. Ini kerana seperti yang saya katakan diatas bahawa seseorang yang mempunyai darah jenis O akan menghasilkan antibodi untuk melawan darah jenis A, B dan juga AB.

Ketika Proses Kelahiran, Darah Jenis O Ibu Yang Mempunyai Antibodi A Dan B Mungkin Akan Bercampur Dengan Darah Bayi Dan Menyebabkan Antibodi Ini Menyerang Sel Darah Bayi. Ini Menyebabkan Sel Darah Merah Itu Pecah Dan Produk Akhir Adalah Bilirubin Yang Menyebabkan Kekuningan Pada Bayi. Jika Kandugan Bilirubin Dalam Darah Terlampau Tinggi, Maka Perlunya Bayi Tersebut Menjalani ‘Phototherapy’ Untuk Mengurangkan Jaundice.

Jika kuning terlampau tinggi, bayi akan diletakkan dibawah lampu khas untuk mengurangkan kekuningan pada bayi.

Oleh itu, kalau datang ke klinik sebab bayi kuning tiba-tiba doktor tanya emak darah jenis apa, tak perlu pelik dan tertanya-tanya. Ini disebabkan ia ada kaitan dengan kekuningan pada bayi.

Sumber: Root of Science via https://ift.tt/2ByeaBO


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2I4MZS6
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/32GLvY2
via merahhaticintaku.blogspot.my

Bacalah Surah Al-Fatihah Untuk Diri Sendiri Semoga Menjadi Penawar Dan Penguat Kepada Rohani Kita

Gambar Hiasan

Bacalah Surah Al-Fatihah untuk Diri Sendiri Semoga Menjadi Penawar Dan Penguat Kepada Rohani Kita. Aamiin.

Al-FATIHAH untuk DIRI SENDIRI


Pernahkah anda menghadiahkan Al-Fatihah untuk DIRI anda sendiri…?

Jika belum, lakukanlah mulai hari ini karena ini adalah makanan yang baik bagi ROH kita, iaitu zikir-zikir dan Al-Fatihah. Ia adalah sebaik² hadiah untuk Ruhani kita.

CARA MENGAMALKANNYA :

Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur…

1. “Beri salam” pada diri sendiri dahulu

2. Lalu panggil nama PENUH kita dengan lembut 3 kali

3. kemudian sentuh dada kiri kita ( jantung ) sambil mengucapkan :

” ALHAMDULILLAH “

4. Kemudian katakanlah :

Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriKu sendiri, lahir dan batinku, Yaa Allah jagalah hamba-Mu ini, lindungi hamba-Mu, Jadikanlah hamba Penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya..
Aamiin Ya Allah.

Lalu baca surah” Al-Fatihah 1x.

Lakukan sekarang kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah anda menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan sekarang dan nikmatilah RASAnya…

Rasulullah S.A.W bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

Aamiin ya Rabbal’alamin

Semoga bermanfaat dunia akhirat… Aamiin.

Sumber: Lin Aman via https://majalahilmu.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/2VxbwHr
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2wcJKWn
via merahhaticintaku.blogspot.my

Help! My Jewelry Was Stolen From My Hotel Room


By BY SARAH FIRSHEIN from NYT Travel https://ift.tt/2Vzquga


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2VwuKNu
via merahhaticintaku.blogspot.my

Join the Club, Save Some Money


By BY ELAINE GLUSAC from NYT Travel https://ift.tt/2Vv36Am


from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/38bVyoQ
via merahhaticintaku.blogspot.my

YDP Agong Berkenan Lantik Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri Ke-8


Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan melantik Tan Sri Mahiaddin Md Yassin (Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri kelapan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, pada hemat Seri Paduka Baginda, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

”Istana Negara hari ini telah menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas.


”Proses ini adalah lanjutan daripada titah Yang di-Pertuan Agong di mana ketua-ketua parti politik dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas diminta untuk mengemukakan pencalonan nama-nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.

”Selepas mendapat representasi daripada semua, pada hemat Seri Paduka Baginda, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ialah Tan Sri Mahiaddin (Muhyiddin) Md Yassin.”

”Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda berkenan melantik Tan Sri Mahiaddin Md Yassin (Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2) (a) dan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Baginda turut bertitah bahawa ini adalah keputusan terbaik untuk semua dan menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat dan semua yang terlibat.

Muhyiddin Yassin akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada jam 10.30 pagi esok.


Sumber: Bernama via Siakapkeli


from Sehinggit Media News https://ift.tt/39crYAS
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Vzowwb
via merahhaticintaku.blogspot.my

Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Dilantik PM Ke-8


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

Dalam kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri akan diadakan esok.

“Istana Negara hari ini menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas.

“Proses ini lanjutan titah Yang di-Pertuan Agong di mana ketua parti politik dan ahli Dewan Rakyat yang bebas mengemukakan pencalonan nama ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.


“Selepas mendapat representasi semua, pada hebat Seri Padu, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat ialah Tan Sri Mahiadddin (Muhyiddin) Md Yassin,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, perlantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri itu dibuat selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Proses seterusnya ialah majlis angkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada jam 10.30 pagi esok,” katanya.

“Seri Paduka bertitah bahawa proses perlantikan Perdana Menteri tidak boleh dilengahkan kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama.

“Seri Paduka bertitah bahawa ini adalah keputusan terbaik untuk semua dan baginda menzahirkan harapan agar kemelut politik ini berakhir,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, baginda turut menzahir penghargaan dan terima kasih kepada rakyat dan semua yang terlibat, khususnya agensi kerajaan, keselamatan dan media.


Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/32Jk4wI
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2wYHhiz
via merahhaticintaku.blogspot.my

Ibu Bapa Meninggal Selang Beberapa Jam, Enam Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata


Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib yang menimpa enam beradik di Balikpapan, Indonesia yang menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka meninggal dunia, semalam.

Difahamkan, kedua ibu dan bapa enam kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir selang beberapa jam pada hari yang sama.

Menurut sumber, ibu enam beradik itu meninggal dunia akibat darah tinggi beberapa hari selepas melahirkan adik bongsu mereka.

Ketika jenazah ibu mereka sedang dimandikan, bapa mereka pula jatuh sakit dan kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.


Enam beradik itu kini dijaga oleh datuk dan nenek mereka yang sudah uzur.

Sementara itu, gambar mereka telah tular di media sosial sehingga meruntun hati netizen yang rata-rata sebak dengan kejadian yang menimpa mereka.


Sumber: cempedakcheese.com



from Sehinggit Media https://ift.tt/32AG3Ws
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/32EmGeZ
via merahhaticintaku.blogspot.my

Friday, 28 February 2020

'Umur Baru 6 Tahun Tapi Sangat Biadap' – Bahaya Kalau Tak Pernah Tegur Anak Langsung


Pepatah Melayu iaitu ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ sesuai untuk menggambarkan bahawa setiap didikan anak-anak harus bermula sejak dari kecil.

Jika sudah terbiasa ditegur untuk melakukan perkara yang betul di usia kanak-kanak, kebiasaannya apabila dewasa sudah terdidik dengan baik.

Namun, ada segelintir ibu bapa yang langsung tidak menegur anak-anak dengan alasan mereka masih kecil.

Bahkan ada kesalahan yang dilakukan secara terang-terangan, langsung dibiarkan oleh ibu bapa kerana beranggapan bahawa anak-anak ‘masih budak’ untuk menerima teguran.

Apa yang dikongsikan oleh Doktor Taufiq Razif ini mungkin dapat mengubah mentaliti ibu bapa di luar sana agar mendidik anak dengan cara yang betul.

Anak yang tak pernah ditegur, sekali berlanggar habislah patah riuk dan rosak masa depannya. Anda pilih mahu anak anda yang bagaimana. Semoga bermanfaat kepada semua.

Bahaya kalau tak pernah tegur anak langsung


Saya pernah jumpa dua orang adik beradik yang sangat ‘biadap’. Umur lebih kurang 6 tahun. Orang lain tengah solat, diorang selamber je pergi keluarkan ikan daripada akuarium kat tepi surau tu dan bunuh ikan-ikan tu semua!

Saya okey lagi kalau memang ayah dia dah tegur dan nasihat tapi masalahnya ayah dia buat benda tu macam tak ada apa-apa! Kononnya macam ” alaaa..biasa la budak-budak “. Aduh! Parah!

Lebih parah lagi kalau salah belajar Ilmu Parenting. Katanya tak boleh sebut langsung perkataan JANGAN pada anak-anak. Bukan tak boleh langsung sebenarnya tapi kena tahu caranya.

Bila nak larang anak dengan perkataan JANGAN kita kena letak SEBAB dan PILIHAN/SOLUSI selepas teguran kita tu. Contohnya :

“Adik JANGAN bawa makanan masuk bilik SEBAB semut suka benda manis ( ni SEBAB ) Nanti semut ikut adik masuk bilik. Sakit kan kalau semut gigit. Kalau adik nak makan, adik makan la dekat meja ni ( ni PILIHAN/SOLUSI )”

Dalam surah Luqman Ayat 13 pun Luqman guna perkataan JANGAN untuk larang anaknya. Luqman pun siap bagi sebab ( reason ) sekali bila dah larang anaknya.

Ingat, anak yang tak pernah ditegur seperti pemandu yang memecut kereta Ferrari tanpa pakai seatbelt. Mereka bebas memecut tapi sekali dah berlanggar, habislah patah riuk dan rosak masa depannya.

Tolong sebarkan benda ni pada pasangan dan keluarga kita ye. Tolong sangat.

Sumber: TaufiqRazif.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/2vf67u9
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/32J3Aok
via merahhaticintaku.blogspot.my

Saya Tidak Akan Bekerjasama Dengan Perasuah - Kata Syed Saddiq


KUALA LUMPUR: Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali bekerjasama dengan golongan yang terpalit dengan rasuah.

Dalam kepincangan politik negara yang menyaksikan setiap parti membuat pendirian masing-masing, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan, integriti dan maruah perlu diutamakan, bukan kepentingan parti.

“Saya menjadi ahli politik kerana pada masa itu, negara saya dihina, dikeji dan dimalukan dengan salah laku dan rasuah di mata dunia.

“Saya percaya rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah negara yang lebih baik, negara yang bebas rasuah, dihormati dan bermaruah,” kata Syed Saddiq dalam video yang dimuat naik di Twitter pagi ini.

“Saya ingin tegaskan satu perkara - saya tidak akan sesekali bekerjasama dengan golongan perasuah, jauh sekali bersetuju mendirikan kerajaan bersama dengan mereka.

“Ini bukan lagi soal parti atau majoriti, ini adalah soal identiti dan integriti,” tegas beliau.

Tambah Syed Saddiq, “Saya faham pendirian saya tidak akan disenangi oleh segelintir ahli politik. Tetapi ahli politik datang dan pergi. Rakyat Malaysia adalah tuan sebenar negara ini.


“Biar mati bermaruah, jangan hidup dijajah.”

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut menjelaskan, beliau tidak pernah menandatangani akaun bersumpah menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 dan katanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan (PH) akan mengeluarkan kenyataan hari ini.


"I never signed. Tun will be releasing a statement as well. So will PH and others," katanya menerusi aplikasi WhatsApp pagi ini. 

Armada Bersatu dalam satu kenyataan di Facebook awal pagi ini menyokong keputusan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi menyokong Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri ke-8.

“Sekali lagi Armada Bersatu Malaysia tetap dengan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan individu yang telah terpalit dengan skandal rasuah dan sedang dalam perbicaraan,” menurut kenyataan itu

Syed Saddiq tidak hadir pada program Rapat Umum Armada Selangor yang dijadual berlangsung semalam di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Menurut jadual asal, Syed Saddiq dan Datuk Seri Rina Mohd Harun sepatutnya hadir berucap pada majlis berkenaan.

Namun, pihak urusetia program memaklumkan kedua-dua mereka tidak akan hadir dan tidak memberi sebab atas ketidakhadiran itu.

Sumber: Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/39cPi1I
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3cl04EM
via merahhaticintaku.blogspot.my

"Mak Saya Dah Tua Tak Boleh Lari" - Lepas Bakar Masjid & Quran, Perusuh Bakar Wanita Muslim 85 Tahun Hidup-hidup


Saudara-saudara Muslim di Delhi kini hidup dalam ketakutan kerana bila-bila masa, tempat tinggal mereka boleh dirusuh. Angka kematian dekat sana pun makin hari makin meningkat.

Baru-baru ini, seorang lelaki, Mohammed Saeed Salmani menceritakan kepada scroll.in tentang detik-detik cemas yang dilalui keluarganya ketika perusuh menyerang kawasan tempat tinggalnya, Gamri hingga nyawa ibunya yang berusia 85 tahun turut melayang.

Saeed menceritakan, semasa dia keluar ke kedai untuk membeli susu pada 25 Februari lalu, dia mendapat panggilan dari anak lelakinya mengatakan kawasan tempat tinggal mereka telah diserang perusuh.

Panik dengan berita yang diterimanya, Saeed berlari pulang ke rumah untuk menyelamatkan keluarganya tapi dihalang oleh penduduk kawasan jiran kerana terlalu bahaya.

Mereka beritahu saya yang ianya terlalu bahaya, saya boleh dibunuh dan saya patut tunggu sebab benda dah berlaku. Saya ditahan berjam-jam sambil memikirkan keluarga saya semua dah mati.”


‘Mak saya dah tua, tak boleh nak lari”

Walaupun hampir kesemua keluarganya terselamat namun ibu Saeed telah mati dalam kebakaran di tingkat tiga bangunan yang menempatkan keluarganya ini.

Apabila perusuh membakar bangunan yang turut menempatkan kedai jahit keluarganya, enam pekerja telah naik ke tingkat atas dan bila api mula merebak, kesemua ahli keluarga dan pekerja dipaksa naik ke bumbung.



Ibu saya dah tua dan tak boleh lari atau tahan asap tebal. Dia mati dalam rumah. Kalau saya ada kat sana, saya boleh bantu dia naik ke bumbung.”

Keluarga Saeed yang tersekat di bumbung bangunan ini sempat merakamkan video keadaan bangunan mereka yang penuh asap.


Mereka kemudiannya diselamatkan oleh polis dan dibawa ke balai polis Usmanpur. Di sana, mereka bertemu dengan Saeed.

“Polis ambil masa 2.5 jam untuk sampai ke kawasan kami lepas keganasan ini berlaku. Dorang berjaya tenangkan perusuh untuk sementara waktu tapi perusuh ini tak takut dengan pihak berkuasa.”

‘Dorang bakar Quran kami’

Kalau korang nak tahu, Gamri yang terletak dekat bahagian timur laut Delhi ini sering diganggu oleh perusuh hingga kebanyakan penduduk Muslim di sana telah keluar untuk mendapatkan perlindungan dari keluarga dan rakan di tempat lain.

Seorang penduduk, Ismail mengatakan kebanyakan penduduk di Gamri adalah beragama Hindu manakala ada hampir 90 ke 100 rumah Muslim di sana dan sebuah masjid.

Keganasan di kawasan ini mula berlaku pada Isnin lalu bila 200 Muslim mula lalu di kawasan ini selepas mengadakan sambutan Kasbpura Ijtema di masjid Karol Bagh.

Muslim-muslim ini telah diganggu dan dibaling batu hingga mereka terpaksa mendapatkan perlindungan di Masjid Azizya di Gamri.

Keesokan harinya, sekumpulan perusuh datang dan menjerit “Jai Shri Ram”, slogan anti Muslim dan mula menyerang orang dan rumah dengan batu dan bom petrol.

Rusuhan ini berlaku lebih dua jam. Dorang juga turut masuk ke dalam masjid dan musnahkan semua barang dan bakar Quran kami. Dorang juga cuba untuk bakar seorang lelaki Muslim tapi sempat diselamatkan oleh penduduk Hindu tempatan.”

Pada hari Selasa, beberapa Muslim dari Gamri cuba buat laporan polis tapi dorang hanya diberitahu yang perusuh ini tetap akan datang dan mengganggu mereka dan pihak polis tak cukup orang untuk halang dorang.

Kesemua Muslim dah tinggalkan kawasan tu dan kami dapat update dari jiran-jiran hindu yang perusuh masih berkeliaran di kawasan tu sampai sekarang.”

Allahu, moga semua orang Islam dekat Delhi selamat.



from Sehinggit Media https://ift.tt/39aqQhd
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2wciDuq
via merahhaticintaku.blogspot.my

Bersabar Dengan Suami Adalah Dugaan Paling Besar Seorang Isteri. Setuju Tak?


Setiap wanita pasti ingin bergelar isteri. Namun seringkali kita terbaca kisah kisah isteri dalam mengharungi alam perkahwinan. Ada yang manis dan ada yang pahit.

Perkongsian dari Fauziah Hashim ini untuk para isteri semoga tabah dan dapat dijadikan iktibar buat semua.

Untuk isteri yang sering alpa sepertiku.. Dugaan paling besar adalah bersabar.

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tidak sengaja.

Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun kebu rukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke ne raka. Allah. betapa nge rinya!

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah bersabar dab minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.


Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui betapa bersabar nya kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan bersabar dan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh.

Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia ma ti dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.

Ya Allah,

Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah. Aamiin.

Sumber: Kata Ustaz


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Vtlj1n
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/32z0QK7
via merahhaticintaku.blogspot.my

Penganut Agama Hindu Buat "Perisai", Lindung Umat Islam Sedang Solat Jumaat Dari Diserang Perusuh


Ramai sedia maklum rusuhan yang sedang berlaku di negara India ketika ini yang melibatkan kumpulan perusuh dan penganut agama Islam di negara itu.

Namun, tak semua sakit dan darah yang dapat kita saksikan kerana gambar yang dikongsi oleh Md Jahir Uddin Laskar ini mengajar kita satu erti perpaduan antara dua agama iaitu Hindu dan Islam.


Kejadian indah ini berlaku apabila umat Islam menunaikan solat Jumaat, penganut-penganut agama Hindu membuat perisai manusia bagi mengelakkan jemaah yang sedang solat dari diserang perusuh.

Semoga kemelut di negara India dapat diselesaikan dengan baik.


Sumber: Md Jahir Uddin Laskar via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/2T9BXle
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/32BPZil
via merahhaticintaku.blogspot.my

Tak Perlu Bangga Anak Cepat Jalan, Lagi Lama Merangkak Otak Lagi Cerdik


Kadang-kala ada ibu ayah terlalu berbangga anaknya cepat berjalan tak sampai umur setahun. Sebenarnya lagi lama bayi merangkak lagi bagus untuk perkembangan otaknya. Macam mana tu?

Jom baca penjelasan oleh Puan Ezzaty Sufian tentang kenapa bagusnya kemahiran merangkak pada perkembangan seorang bayi sebelum dia mula mahir berjalan.

“Weyyhh, baby saya umur 12 bulan dah boleh berjalan. Langsung tak merangkak tau. Cepat gila kan?”

Ramaiiii tau ibu ayah rasa bangga bila anak boleh jalan cepat. Langsung tak pernah merangkak. Atau kalau merangkak pun sekejap je. Mungkin dalam sebulan macam tu terus dia boleh berjalan.

Sebenarnya kan, cepat berjalan tu memang dah bagus dah. Cuma skip merangkak tu yang tak berapa nak bagus. Nak tahu kenapa? Okay, zaty stori semua kat ibu ayah ya.

Otak kita ni ada satu bahagian. Namanya CORPUS CALLOSUM. Kedudukan si Callosum ni adalah di antara (tengah-tengah) otak kanan dan otak kiri kita.

Jadinya, fungsi dia palinggg utama ialah jadi SUPERHIGHWAY yang hubungkan antara dua otak kita tadi. Seolah-olah macam jambatan yang hubungkan dua belah otak.


Merangkak Bantu Rangsang Fungsi Otak

Bila otak kanan dan otak kiri berhubung, akan berlaku komunikasi antara dua otak ni. Atau bahasa kampungnya, diorang “bercakap” antara satu sama lain.

Anak-anak akan gunakan otak kanan untuk kreativiti : mewarna, melukis, muzik, imaginative play.

Otak Kiri Digunakan Oleh Anak-Anak Untuk Konsep Belajar Yang Lagi Tinggi : Membaca, Menulis, Penggunaan Bahasa, Critical Thinking, Problem Solving.

Otak kanan dan otak kiri, walaupun ada fungsi masing-masing, diorang tetap kena berhubung. Apabila dua otak ni berhubung melalui Corpus Callosum tadi, dia sangat bantu anak-anak untuk tingkatkan koordinasi antara dua belah badan. Contohnya:

1) pegang kertas dalam masa yang sama mewarna/menulis (tangan kanan+kiri)
2) tepuk tangan tangan kanan+kiri)
3) berlari (kaki kanan+kiri)
4) tangkap bola (tangan kanan+kiri)
5) pakai baju, tanggal baju (tangan kanan+kiri)
6) membaca dan menulis (tangan kanan+tangan kiri+mata kanan+mata kiri)
7) macam-macam lagi yang libatkan dua-dua belah badan (kiri dan kanan)

So, bila dua bahagian otak ni tak saling berkomunikasi, akan timbul banyak masalah pada anak-anak di kemudian hari nanti. Antaranya :

1) cabaran dalam pembelajaran di sekolah
2) speech and language delay
3) susah nak kawal emosi
4) masalah fokus dan attention
5) masalah nak berkomunikasi

Jadinya sekarang, apa kaitan merangkak dengan hubungan otak kanan dan otak kiri?

Ikut kajian, corpus callosum dah dibentuk sejak dari baby usia 18 bulan dalam kandungan ibu. Dan akan mula berkembang pada usianya antara 6 ke 12 bulan selepas dilahirkan.

Merangkak Penting Untuk Pembelajaran Pertama

Tempoh perkembangan corpus callosum pada 6 ke 12 bulan ni lah yang dinamakan sebagai “fasa merangkak”. Merangkak adalah FASA PERMULAAN untuk anak-anak belajar tentang integrasi atau koordinasi penggunaan kedua belah badan.

Dan dengan merangkak ni juga dah tunjukkan yang corpus callosum anak-anak sedang berkembang dengan sihat. Merangkak ialah satu latihan yang bantu untuk bina serta kuatkan hubungan komunikasi antara otak kanan dengan otak kiri pada baby.

Koordinasi yang boleh kita tengok bila anak-anak merangkak ni bila dia mampu aturkan pergerakan tangan kanan bersama dengan kaki kiri dan tangan kiri kedepan bersama dengan kaki kanan pada satu arah.

So, pada waktu ni akan berlaku pertukaran maklumat serta komunikasi yang sangatttt cepat antara otak kanan dan otak kiri baby tadi melalui corpus callosum tu.

Itu baru cerita part kaitan merangkak dengan hubungan dua belah otak. Belum cerita lagi manfaat besar yang lain yang ada pada aktiviti merangkak ni.

Bantu Anak Belajar Merangkak

Anak akan mula merangkak seawal usia 6-7 bulan. Ikut pada tahap perkembangan motor kasar dia. Dan anak sepatutnya boleh merangkak pada usia maksimum 9 bulan.

Jadi, Sekiranya Usia 9 Bulan Baby Masih Belum Boleh Merangkak, Kita Ibu Ayah Yang Kena Ambil Tindakan Cepat Dengan Ajar Dan Tunjuk Anak Cara Merangkak. Dalam Makna Kata Lain, Kita Kena Merangkak Depan Dia Untuk Dia Tiru.

Bila anak berjaya lepas fasa merangkak, InshaaAllah kebolehan lain pun dia akan mudah catch up : berjalan, berlari, melompat dengan dua kaki, menjengket, jalan mengundur, sepak bola. Semuanya dia boleh lakukan dengan lebih cekap.

Apa cara yang terbaik untuk galakkan anak-anak merangkak?

1) Elakkan dari guna walker. Galakkan anak merangkak dan explore apa yang ada di sekeliling dia dengan bebas.

2) Lumba merangkak dengan anak. Biasanya lumba lari kan. Ni kita lumba merangkak. Apa boleh buat, sometimes kita terpaksa berlakon jadi baby jugak.

3) Letak barang yang baby suka jauh dari dia. So bila baby nak barang tu, dia akan merangkak untuk ambil. Tapi, part ni barang dia suka ke tak suka ke dia tetap akan pergi ambil.

Sebab curiousity dia tinggi. Sibuk nak tahu, nak pegang dan nak explore setiap objek yang dia nampak.

So, akhir sekali. Sebenarnya, lagi lama baby ada experience merangkak, lagi bagus untuk perkembangan kemahiran dia dan yang paling penting untuk PERKEMBANGAN OTAK dia.

Kalau ikut graf perkembangan baby, umur maksimum sepatutnya baby berjalan ialah 18 bulan.

Jadi fasa merangkak tu takde masalah kalau baby ambil masa berbulan-bulan lamanya. Dan bila dia dah rasa kuat dan dah ready, sebenarnya dia boleh berjalan dengan sangat cekap.

Ikut pengalaman zaty sendiri, fayyadh mula merangkak pada usia 7 bulan. Boleh berjalan pada usia setahun 4 bulan. Waktu dia dah tunjuk minat nak berjalan tu, ada 2-3 kali je yang kami latih dia berjalan.

Lepastu terus dia dapat berjalan dengan cekap dan setakat ni Alhamdulillah tak pernah terjatuh disebabkan berjalan.

Tokwan dia punyalah beli walker mahal nak bagi cucu cepat jalan. Yang specialnya fayyadh ni dia tak suka benda yang terkepung macam tu. Menangis-nangis bila kita letak dalam walker.

Tapi sekarang dia teringin pulak nak duduk dalam tu. Nak jadi baby balik agaknya. Alahaiii anak.

Sumber: Ezzaty Suffian via https://ift.tt/2ByeaBO


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2T8pOwD
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2vq3fKU
via merahhaticintaku.blogspot.my