DALAM hidup ini kita akan sentiasa diuji. Diuji dengan kesusahan. Dan ada yang diuji dengan kesenangan.
Buat seorang pemuda, dia diuji apabila tidak dibayar gaji selama dua bulan dan kemudian dibuang kerja oleh majikannya kerana hanya meminta gaji yang tertunggak tersebut untuk dihantar ke kampung.
Majikannya yang berang dengan permintaan itu hanya memberikan pemuda tersebut wang RM5 sebelum dipecat.
Cerita yang dikongsi oleh pengguna Facebook Iwan Putra Bgb mengenai pemuda yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu benar-benar menyentuh perasaan.
Menurut Iwan ketika dia dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dia ternampak pemuda berkenaan sedang menolak motor di atas lebuh raya di Tapah, Perak.
Pada mulanya Iwan takut untuk berhenti bagi menolong pemuda tersebut. Dia berasa was-was untuk membantu kerana khuatir sesuatu yang tidak diingini berlaku. Namun akhirnya dia mengambil keputusan untuk menolong kerana tidak sampai hati untuk membiarkan pemuda tersebut.
Pemuda itu pada mulanya keberatan dan menolak pertolongan yang ingin diberikan oleh Iwan untuk membawa dia dan motornya ke stesen petrol menggunakan kenderaan 4X4 yang dipandu Iwan.
Dalam perjalanan, pemuda berkenaan menceritakan bahawa motornya telah kehabisan minyak dari Tanjung Malim lagi dan dia telah menolak motornya selama enam jam sehingga ke Tapah. Dia akan terus menolak motornya itu sehingga ke Pulau Pinang kerana ketiadaan wang untuk mengisi petrol.
Berikut cerita penuh Iwan dan dialognya bersama pemuda yang cekal itu:
Hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya yang menyentuh hati sepanjang perjalanan dari KL ke Penang.
Sampai di Tapah saya ternampak seorang hamba Allah sedang menolak motor sebelum saya berhenti
Sempat saya berfikir. Takut juga nak berenti. Takut perkara yang tak diingini berlaku sebab masa itu saya seorang sahaja. Tapi tak sampai hati pula, akhirnya saya berhenti dan saya bertanya kepada si dia.
Saya: Bang apa hal? Motor rosak ke?
Dia: Tak la motor habis minyak.
Saya: Nak saya tolong hantar ke pam minyak tak?
Dia: Tak apalah bang.
Saya: Dari mana nak ke mana?
Dia: Nak ke Penang.
Saya: Macam mana boleh habis minyak? (Dah mula saya fikir ni mesti ada yang tak kena). Tak apalah bang saya tolong hantar abang pergi pam minyak. (saya angkat motor dia naik atas kereta saya dalam perjalanan kami mula berbual). Abang dari mana nak ke mana?
Dia: Saya dari KL nak balik rumah, rumah saya di Penang.
Saya: Macam mana boleh habis minyak? Apa sebenarnya yang terjadi? Dah berapa jauh tolak motor tu?
Dia: Dari Tanjung Malim minyak motor habis, dah 6 jam saya tolak motor ni.
Saya:, Habis nak tolak sampai mana?
Dia: Tolak sampai rumah.
Saya: Jauh tu silap-silap dua hari pun tak sampai-sampai. (Dia hanya mendiam kan diri). Buat apa kat KL dah berapa lama di KL?
Dia: Saya dapat kerja di KL sebagai pengawal keselamatan, dah dua bulan saya bekerja di Bukit Jalil. Makan minum tempat tinggal disediakan. Dah dua bulan kerja tak bayar gaji. Lepas tu saya mintak gaji nak kirim kat kampung, pastu boss saya terus marah. Dia bagi saya duit lima ringgit. Dia kata lepas ni aku tak nak tengok muka kau. Dengan duit 5 ringgit tu saya isi minyak. Sampai di Tanjung Malim minyak motor habis, tu yang saya tolak.
Saya terus mendiamkan diri tanpa banyak soalan lagi kerana masa tu tiba-tiba sahaja mata saya masuk habuk. Sampai di Penang saya turunkan dia di sebuah pam minyak.
Saya bagi dia 10 ringgit. Nak bagi lebih tapi saya bukan orang senang. Hanya mampu bagi seihklasnya saja. Alhamdulillah dari situ saya merasa sangat-sangat bersyukur atas diri ini yang selama ini merasa tak pernah cukup atas apa yang telah diberikan Allah.
Sumber: https://ift.tt/2tbEBw2
from Sehinggit Media News https://ift.tt/36zntzm
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/37JzpyB
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment