Tuesday, 21 January 2020

Suka Memanjat, Menyepah Rumah & Tak Duduk Diam. Tandanya Anak Kita Sihat!


Berlari, memanjat, melompat, menyepahkan rumah. Ini antara sebahagian sikap anak kecil yang kadangkala cukup menguji kesabaran ibu bapa.

Yang geram juga adalah bila ibu tengah lipat kain, lipat satu, si kecil pun punggah satu. Lipat lagi satu, dia ambil kain yang berlipat tu campak jauh. Yang peliknya, kain yang tak berlipat tu takdelah dia hairankan pun.

Biasanya ibu ayah memang bagi jawapan yang sama. Memang anak akan punggah semula semua baju yang kita dah lipat.

Menurut Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak UIA, Dr Mastura Badzis, ibu ayah semua patut bersyukur. Sebab itu tandanya anak kita normal, anak kita sihat. Dan berhati-hatilah kalau anak kecil kita (terutamanya 3 tahun ke bawah) takde apa-apa reaksi, duduk senyap, dan tak punggah pun kain baju yang kita lipat tu.

Sebabnya itu adalah salah satu tanda-tanda atau ciri-ciri autisme.

Ceritanya sama juga bila anak baling-baling barang, tuang air atas lantai, panjat sana-sini, nak suap makan sendiri sampai berterabur nasi satu rumah.

Ni semua tanda kata anak kita memang normal. Dan semua benda yang dia buat ni adalah salah satu cara untuk dia develop perkembangan otak dan skill yang patut dia ada.


Yang tak normal bila anak terlalu pasif, terlalu duduk diam, takde respons bila dapat barang kat tangan. Ibarat macam anak kita demam. Main tak nak, makan tak nak. Melepek terbaring muram. Pasti ibu ayah tak nak tengok anak kita macam ni kan?

Anak-anak 6 tahun ke bawah belajar melalui experiment, exploration and experience. Kalau 3E ni takde dalam hidup budak-budak terutamanya yang usia 3 tahun ke bawah, makna kata perkembangan anak-anak mungkin jadi sangat lambat. Delay habis.

Salah satu sebab jadi delay adalah kerana sikap kita ibu ayah ni sendiri. Terlalu banyak berJANGAN dengan anak-anak. Ini tak boleh, itu jangan buat. Kita terlalu banyak nak marah anak bila dia tak reti duduk diam.

Hakikatnya hidup anak 6 tahun ke bawah memang TAK RETI duduk diam. Sebab dia nak kena capai 3E tadi untuk keperluan otak dan skill dia. Sama macam kita kalau lapar, mesti cari makanan.

So, otot budak kalau nak kuat, secara semulajadinya dia akan memanjat. Ini namanya natural, sesuatu yang memang Allah dah create pada anak-anak kecil.

Dengan memanjat buatkan sel-sel otak dia (neuron otak) berhubung. Dia jadi cepat berfikir, dia belajar. Kalau jatuh, dia rasa sakit. Nanti next time dia akan lebih berhati-hati lagi.

So nampak kan. Memanjat tu experiment dan exploration. Experience dia dapat bila dia berjaya panjat sampai atas (kalau panjat grill pintu rumah) atau experience dia dapat bila jatuh.

So, ibu ayah. Let them be. Itu fitrah kanak-kanak. Biarkan dia explore dunia yang sangat baru pada dia. Tugas kita cuma monitor je. Pesan suruh hati-hati kalau dia memanjat, perhati tengok anak kita instead of “fayyadhhhh, jangan panjat grill tu. Nanti jatuh!”

Dah maknya pun dok kata jatuh, doa jatuh, memang sungguh lah kejap lagi jatuh gedebuk budak tu. Trust me. Anak-anak pandai nak jaga diri dia, control diri dia. Dia tahu kalau dia jatuh tu maksudnya dia tak berhati-hati lah tu. Biarkan dia belajar. Kita urut dada je okay.

Tapiiii, of course lah. Dalam pada nak biar anak buat aktiviti yang agak lasak macam ni, nak explore sana-sini, kita kena selalu pantau diorang. Mata kena rajin perhati tengok dan setkan diri kita dalam mode berjaga-jaga.

Jangan pula kita bagi anak buat segala aktiviti yang dia suka, tapi kita sibuk pegang gadget. Layan gadget, hadap gadget sepanjang masa. Itu memang satu kesalahan yang besar sebagai ibu ayah.

Terutama bila ada kat luar rumah. Lagi-lagi kalau kat mall. Mesti monitor juga pergerakan anak. Dekat ekskalator, lif, barangan kaca, barang tajam. Kita mesti pantau.

Bila ada kat rumah orang? Pun sama juga ceritanya. Memang tak boleh bagi anak terlalu bebas. Usik barang, panjat sini-sana. Sebab kita perlu hormati tuan rumah.

Yang Zaty cerita ni bila anak-anak ada dalam rumah sendiri atau apabila beriadah kat luar bersama-sama dengan kita. Yes, biarkan dia buat modul 3E tu dengan pantauan kita. Faham ya ibu ayah?

Sumber: Ezzaty Suffian via https://ift.tt/2ByeaBO


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2v9GOZT
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2NR80Do
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment