KUALA TERENGGANU - Seluruh kariah masjid di Terengganu diminta untuk mengadakan solat hajat esok selepas solat maghrib sebagai ikhtiar bagi menghadapi ancaman wabak jangkitan koronavirus.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, solat hajat itu dibuat bagi memohon pertolongan ALLAH SWT agar dijauhi mala petaka dan wabak jangkitan itu dapat dibendung segera.
"Saya menyeru pada semua rakyat di Terengganu untuk mengambil langkah penjagaan diri, anggota keluarga dan orang yang di bawah jagaan mereka ketika berdepan dengan ancaman wabak jangkitan 2019 novel koronavirus (2019-nCoV).
"Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Setakat ini, dilaporkan empat warga China yang memasuki Malaysia melalui Johor dari Singapura disahkan positif koronavirus.
Sumber: Sinar Harian
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2sUbFJ8
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2RuNSt0
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment