Hampir 500 pelancong Wuhan (China) yang tiba di Kalibo Aklan, Filipina, akan dihantar pulang ke negara asal, minggu ini.
Pengarah Eksekutif Lembaga Penerbangan Awam, Carmelo Arcilla berkata, dua syarikat penerbangan Royal Air Charter dan Pan Pasific Airline akan menghantar pulang pelancong terbabit ke Wuhan dalam tiga penerbangan khas bermula Jumaat, Sabtu dan Isnin.
Pesawat berkenaan juga akan kembali ke Kalibo tanpa membawa penumpang.
Dalam tempoh menunggu dihantar pulang ke negara asal, tiada seorang pun pelancong yang dikuarantin kerana tiada yang menunjukkan tanda-tanda mereka mengalami simptom koronavirus.
Sementara itu, Senator Risa Hontiveros berkata, pihak berkuasa Filipina sepatutnya mempertimbangkan untuk mengenakan larangan perjalanan selama sebulan untuk sesiapa sahaja yang datang dari Wuhan bagi mengelakkan penyebaran penyakit itu ke Filipina.
Sumber: CNN Philippines via The Reporter
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2RpkG6n
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/37qNcu7
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment