Seorang pembantu rumah berumur 30 tahun tergamak mencederakan bayi yang berumur 16 bulan yang dijaganya.
Lapor Straits Times, insiden ini berlaku pada 14 Januari lepas apabila pembantu rumah tersebut celup tangan bayi itu berulang kali dalam periuk panas yang penuh dengan cecair menggelegak.
Menipu tapi kantoi busuk
Ibu, Amy Low, kongsikan rakaman CCTV yang dipasang dirumahnya, rakaman selama 46 saat itu di laman Facebook.
Dalam video itu, ia menunjukkan pembantu rumah itu membuat kerja dapur sambil mendokong bayi malang itu, dia memasukkan tangan bayi tersebut dan boleh dengar jeritan kesakitan.
Pembantu rumah tersebut telah ditahan pada 15 Januari lalu di rumah majikan di Singapura. Seriau tengok tangan bayi tu melecur
Badan saya menggeletar bila tengok rakan tu, sejak dari kejadian itu anak saya menangis tak berhenti, sebab umurnya terlalu mentah untuk bercakap jadi kami tak pasti samada dia trauma ataupun masih sakit lagi” – Amy Low
Kata ibunya lagi, anaknya lagi seorang yang berumur 8 tahun menjelaskan yang pembantu rumah mengatakan kepadanya yang bayi tersebut tersentuh periuk panas tanpa sengaja.
Tapi helahnya terbongkar lepas majikan melihat rakaman tersebut, pembantu rumah itu menjelaskan yang dia sengaja buat perkara sedemikian sebab dia nak balik rumah.
Amy terus menghubungi polis dan menahan pembantu rumah tersebut, kini dia sedang disisiat kerana sengaja mencederakan dan mendatangkan bahaya kepada bayi tersebut.
Alahai, kita yang dewasa ni pun kalau terkena air panas nak menggelitat satu badan apatah lagi bayi tu.
Sumber: Lobakmerah.com
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2ReJv55
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2TLSaO0
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment