Monday, 6 January 2020

Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 Mulai 20 Januari Ini


Program Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi fasa pertama tahun ini akan mula dilaksanakan pada 20 Januari kepada penerima kategori isi rumah yang berdaftar di dalam pangkalan data BSH 2019.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, peruntukan yang terlibat dalam BSH fasa pertama ini adalah sebanyak RM1 bilion dan memanfaatkan hampir 3.8 juta penerima.

Menurutnya, pembayaran fasa pertama berjumlah RM300 akan dikreditkan terus ke akaun masing-masing menggunakan maklumat bank semasa BSH 2019.

"Bagi memastikan program BSH 2020 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan dan pengemaskinian akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.

"Selain daripada kategori isi rumah, permohonan untuk BSH 2020 juga dibuka bagi kategori bujang berumur 40 tahun dan ke atas seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2020," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Guan Eng berkata, pemohon tidak perlu membuat permohonan baharu atau mengemaskini maklumat sekiranya permohonan BSH 2019 telahpun lulus tanpa sebarang perubahan maklumat dan pemohon orang kurang upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima e-Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Setelah pangkalan data BSH 2020 dikemas kini, baki pembayaran BSH 2020 bagi kategori isi rumah akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga manakala bagi kategori bujang dan OKU pula akan disalurkan secara one-off pada fasa kedua.

"Dengan adanya proses permohonan dan pengemaskinian ini, sebahagian daripada kalangan yang tidak lulus dan belum menerima BSH masih diberi ruang untuk mengemukakan permohonan untuk dibuat verifikasi semula," katanya.

Selain itu, Guan Eng turut menegaskan penerima BSH di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akaun bank akan dibuat pada 1 Februari 2020 secara tunai.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 serta emel kepada bsh@treasury.gov.my.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2QtciTa
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2ZTbGJm
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment