Tuesday, 14 January 2020

Terpaksa Ke Sekolah Tanpa Uniform Kerana Miskin


GUA MUSANG - Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Tekoh di sini terpaksa hadir ke sekolah semalam tanpa memakai uniform kerana dihimpit kemiskinan.

Intan Safira Mohd Shukri, 7, dari Taman Agropolitan Rantau Manis yang baru mendaftar ke sekolah Ahad lalu hanya memakai blaus labuh berwarna merah jambu dan bertudung.

Selain Intan, dua kakaknya, Nor Sofia, 8, dan Nor Balkis, 10, dan abang, Mohamad Atiq 12, turut bersekolah di sekolah berkenaan manakala seorang lagi kakak mereka, Nor Awanis, 14, berada di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Asap.

Malah empat adik beradiknya turut mengenakan uniform sekolah lusuh kerana tidak mampu membeli pakaian baharu.


Keluarga ini mempunyai 12 adik beradik iaitu Mohamad Zikri Shah, 20; Nor Izzati, 19; Mohamad Haris, 17; Nor Hafiza, 15; Nor Awanis, 14; Mohamad Atiq, 12; Nor Balkis, 10; Nor Sofia, 8; Intan Safira, 7; Puteri Ramizan, 5, serta pasangan kembar, Amirul Azhar dan Amirul Hakim, 2.

Kemiskinan dihadapi turut menyebabkan dua daripadanya, Mohamad Haris dan Nor Hafiza tidak bersekolah dan menguruskan adik-adik di rumah yang masih kecil.

Nor Hafiza berkata, dia menjaga adik-adik di rumah kerana ibu bapanya keluar bekerja di Kuala Krai sebagai penjaja buah-buahan.

"Ibu ayah turun dari rumah pada jam 7 pagi ke Kuala Krai untuk bekerja. Upah menjual buah hanya mampu menyara kami 14 sekeluarga.

"Saya tidak dapat ke sekolah kerana tiada siapa yang jaga adik-adik di rumah. Empat adik beradik yang sekolah dibekalkan duit belanja RM2 seorang.

"Tahun ini tiada yang dibeli baju baharu. Masing-masing pakai mana ada sahaja," katanya.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media News https://ift.tt/36TpoyM
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/35Sgh03
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment