Tuesday, 14 January 2020

Ibu Bapa Kena Amalkan Doa-Doa Ini Jika Mahu Anak-Anak Berjaya Dunia Akhirat


Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah. Anak yang baik dan mendengar kata-kata ibu bapanya. Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka.

Bagi yang beragama Islam, mereka sentiasa mengamalkan doa-doa mujarab yang boleh dibaca untuk membentuk anak-anak yang baik dari segi kebijaksaan dan juga sikap menghormati orang tua.

Walau bagaimanapun, sesetengah ibu bapa akan berasa risau dengan persekitaran anak-anak yang boleh memudaratkan masa depannya.

Tetapi, sejauh mana kita boleh mematau anak-anak? Hanya kepercayaan dan doa sahaja yang boleh menjadi pendinding kepada anak-anak supaya terhindar daripada gejala soasial. Jom kita amalkan doa di bawah ini.

1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil

Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah As-Syura ayat 19.

Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah. Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.


2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran.

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.

Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.

3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal

Amalkan ayat 40 daripada Surah Ibrahim.

Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74.

4. Doa supaya anak rajin kerjakan solat

Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.

Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.

5. Doa anak taat perintah Allah

Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini; Surah Al-Baqarah ayat 128.

Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.

6. Doa agar anak dengar kata

Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.

7. Doa memohon rahmat dan keberkatan

Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah Surah Al-Imran ayat 8-9.

Ibu bapa yang terbaik akan sentiasa mendoakan anaknya menjadi yang terbaik. Oleh hal yang demikian, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan didikan agama yang sempurna diberikan yang secukupnya kepada anak-anak mereka.

Biarlah kita mendidiknya dari kecil lagi. Supaya kelak, dia membesar nanti dengan didikan agama. Semoga doa yang terbaik untuk anak-anak ini dapat dijadikan panduan untuk semua.

Sumber: kalamindah.com


from Sehinggit Media News https://ift.tt/3843edi
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2NokQc3
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment