Thursday 5 April 2018

Orang Tak Bagi Adam Corrie Guna Panggilan 'Abah' Sebab Dia Cina, Patutkah?


Setiap pasangan pasti ingin mendapatkan zuriat terutama mereka yang telah lama menunggu kehadiran seorang cahaya mata.

Apabila anak bakal dilahirkan, mestilah bakal ibu bapa berasa teruja yang amat sangat dan tidak sabar untuk bertemu anak buat kali pertama.

Antara perkara yang membuat ibu bapa teruja adalah pemilihan nama anak serta panggilan untuk ibu bapa. Itulah apa yang dirasai Adam Corrie yang teruja menunggu kehadiran cahaya mata sulungnya.


Adam, menerusi laman Twitternya semalam berkongsi sekeping imej imbasan ultrabunyi 3D anaknya dengan kapsyen "Anak abah senyum hari ini. Alhamdulillah".

Netizen mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Adam dan berkongsi keterujaannya menunggu saat bayi itu dilahirkan.

Tak sabar nak tunggu baby bro Adam


Bagaimanapun, Adam kemudian memuat naik sebuah posting dipercayai bagi memberi penjelasan kepada pihak yang mempertikaikan panggilan 'abah' yang digunanya.

"Ada orang tanya, kenapa 'abah'," tulisnya.


Selain netizen, posting itu turut menarik perhatian selebriti Adibah Noor yang pelik kerana perkara itu pun boleh menjadi satu isu.

"Itupun orang nak tanya ke? Ish ish ish," tulisnya.


Aduh, boleh pening dibuatnya kalau nak memuaskan hati semua orang. 

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media https://ift.tt/2GAgKMk
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2qai9yf
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment