Saturday 4 November 2017

Tangki Diesel Kilang Meletup, Tiga Pekerja Dikhuatiri Maut Terjatuh Dalam Tangki(10 Gambar)


RAWANG – Tiga pekerja sebuah kilang simen, dikhuatiri maut selepas terjatuh dalam sebuah tangki diesel ketika tangki berkenaan meletup dan terbakar, di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata semua mangsa adalah warga tempatan berusia 28 tahun, 35 tahun dan 49 tahun.





“Tiga jentera dari Balai Bomba Rawang, Selayang dan Batu Arang terbabit dalam operasi memadam kebakaran, yang membabitkan 30 anggota.


“Difahamkan ketiga-tiga pekerja terbabit sedang melakukan kerja penyelenggaraan di atas tangki sebelum berlaku letupan yang menyebabkan mereka terjatuh ke dalamnya.

“Kebakaran berjaya dipadamkan selepas 30 minit dan sehingga kini, kita dalam usaha untuk mengeluarkan mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.






Mohd Sani berkata, kerja mengeluarkan mangsa memerlukan masa yang agak panjang berikutan pihak kilang terpaksa memindahkan minyak diesel daripada tangki terbabit.

“Buat masa ini, kita perlu mengeringkan tangki terbabit terlebih dulu, yang mengandungi kira-kira 750,000 liter diesel.

“Apabila tangki kering, barulah kita boleh keluarkan mangsa,” katanya. - BERITA HARIAN


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2y0WPxO
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2j3dkGX
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment