Sunday 5 November 2017

Patutlah Shila Amzah Rahsiakan Majlis, Tunangnya Bukan Calang-Calang Orang


Majlis pertunangan Shila Amzah yang berlangsung pada Jumaat lepas mengejutkan ramai peminat.

Menurut penyanyi ini dia mahukan majlis pertunangan seperti orang biasa, dan bukannya seperti artis yang segalanya mahu gempak dan meriah.

Melalui Instagram, Shila turut memohon maaf kepada peminatnya kerana merahsiakan majlis berkenaan.


Ramai yang memuji tunangnya kacak dan ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya gerangan jejakan yang menjadi pilihan hatinya itu.


Menurut sumber Astro Awani, Haris Idraki Elias yang baru berusia 28 tahun bekerja dalam sektor kewangan di Kota London.

Dia juga pernah bekerja sebagai wartawan di The Star pada tahun 2015.


Menuru sumber lagi, Shila sudah lama menyukai Haris tapi malu untuk bertegur sapa dan berbual.

Kedua-duanya mula bercinta sejak tiga bulan lepas sebelum mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan.


Khabarnya merkea akan bernikah pada tahun hadapan. Apa pun tahniah diucapkan dan semoga segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan. 

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2A9UuRZ
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2zhU8t2
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment