Sunday 5 November 2017

Lelaki Terkejut, Langgan Pelacur Muda..Rupa-Rupanya Anak Saudara Sendiri


Seorang lelaki berusia 23 tahun terkejut apabila mendapati pelacur yang dibawanya ke sebuah hotel di Lawas, Sarawak adalah anak saudaranya sendiri yang berusia 14 tahun.

The Star melaporkan lelaki itu memberitahu polis beliau tidak mengadakan hubungan seks dengan remaja berkenaan selepas mengetahui identitinya.

Namun, tidak dapat dipastikan pula kenapa beliau tidak perasan gadis itu adalah anak saudaranya sejak awal lagi.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, polis memperoleh perintah mahkamah majistret untuk menahan reman lelaki tersebut selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

"Dia beritahu tidak melakukan hubungan seks dengan mangsa selepas menyedari mangsa adalah anak saudaranya sendiri," kata Zainal.


Lelaki itu ditahan di hadapan sebuah restoran di bandar Lawas pada pukul 9.30 malam 9 Oktober lalu.

Penahanan lelaki tersebut susulan polis menahan seorang suri rumah berusia 30 tahun, yang didakwa melacurkan anak perempuannya.

Pemilik pusat karaoke yang dikatakan bersubahat dengan wanita itu untuk menawarkan khidmat pelacuran remaja berkenaan, turut ditahan.

Menurut laporan, wanita berkenaan melacurkan anaknya untuk melangsaikan hutangnya.

Tindakan wanita itu terbongkar apabila ketua kampung mendapat tahu situasi remaja berkenaan, lalu membawanya membuat laporan polis.

Remaja itu memberitahu polis, seorang lelaki membayar RM1,000 kepada pemilik pusat karaoke itu sebelum merogolnya 3 kali di sebuah hotel.

Ibu dan pemilik pusat karaoke itu kini ditahan di Balai Polis Lawas. Mahkamah meluluskan perintah reman 7 hari ke atas lelaki terbabit.

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hJ3cjt
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2zhVZhT
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment