Saturday 4 November 2017

"Kain Punya Panjang Macam Langsir Tapi..", Terlalu Seksi Di Malam ASK 2017, Uqasha Senrose Dikecam Lagi


Malam tadi telah berlangsungnya Anugerah Skrin 2017 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). ASK 2017 yang memasuki edisi ke-21 ini mempertaruhkan 33 kategori. Antara yang menggondol anugerah pada malam tadi ialah Hanyut (Filem Terbaik).Hanyut turut meraih trofi Pengarah Terbaik (U-wei Hj Saari), Lakon Layar Terbaik (U-wei Hj Saari), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Khalid Salleh) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Diana Danielle).

Karya arahan sutradara terkenal Erma Fatima, Pesan Dari Tuhan dinobatkan sebagai Drama Terbaik. Selain itu, Pengarah Terbaik dimenangi Erma Fatima, Lakon TV Terbaik (Erma Fatima) dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Remy Ishak).


Wow memang happening lah anugerah malam tadi kan? Selain daripada pemenang-pemenang ini, busana artis pada red karpet turut mendapat perhatian. Ada yang kata pakaian Uqasha Senrose macam langsir tak siap? Biar betul

Pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi sebelum ini, Uqasha Senrose nampaknya sekali lagi mencuri perhatian netizen. Pakaiannya pada Anugerah Skrin malam tadi dikatakan tidak sesuai kerana terlalu seksi. Mungkin kerana pakaian itu mendedahkan bahagian lengan dan agak sendat.




Sumber: Kisah Dunia


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hcAzhf
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hbUahK
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment