Tuesday 7 November 2017

Haters Terdiam, Safiey Ilias Buang Silikon Pada Wajah Sampai Guna Gerudi!


Usahawan kosmetik Safiey Ilias tidak perlu diperkenalkan lagi. Kejayaannya dalam bidang perniagaan dalam usia muda telah menjadi inspirasi kepada ramai orang.

Meskipun pernah terpalit dengan kontroversi yang melibatkan perubahan jantina namun dia membuktikan yang semua orang mempunyai niat mahupun perasaan menjadi lebih baik.

Sampai satu tahap, Safiey yang dahulunya menggunakan imej seperti seorang wanita telah menemui hidayah Allah. 


Tak mahu berpaling lagi meskipun dikatakan dan juga dituduh ia merupakan 'marketing strategy' bagi melariskan produknya. 

Terbaru, menerusi laman Instagram miliknya, Safiey memuat naik status yang memberitahu dia baru sahaja menjalani operasi mengeluarkan silikon pada wajahnya. 


Sehingga menggunakan gerudi liposuction, menurutnya. 


"Bermulalah era muka lebam selepas silikon dikeluarkan dengan gerudi liposuction.

"BIG WHY gak sbnrnya nk buang2 ni. Huhu.. haritu dh buat tapi ni revision touchup buang mana yang tetinggal..

"Lepasni nak senyum luas2 sebab pipi dan dagu tak ada bonjol macam dulu dah.. ."

Jika sebelum ini ada pihak yang menyindir bekas maknyah ini masih tidak membuang silikon pada hidung, pipi dan dagunya. Kini mereka pastinya sudah terdiam.

Netizen di ruangan komen menyatakan rasa bangga dengan perubahan yang ditunjukkan oleh Safiey.

Mereka juga mendoakan agar lelaki ini istiqomah dalam perubahan yang dilaluiinya. 


"Proud of you bro. You did something that illegal in islam. But Alhamdulillah you slowly changes and now be a real muslim. InsyaAllah, rezeki you takkan pernh putus. Amin. Ignore them. 


"Because you sendiri taw apa yg you buat. They dont know anything even a little part of your life. Keep it up bro!"


Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2j8uHq8
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2yFwidZ
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment