Friday 3 November 2017

Dulu Benci, Sekarang Sudah Sayang Ke? - Chef Wan Makin Mesra Dengan Dato Vida...


Jika dahulu, dapat dilihat cef selebriti, Chef Wan selalu mengkritik penampilan usahawan kosmetik, Dato Seri Vida.

Ini kerana wanita tersebut dikatakan gemar menunjuk-nunjuk kemewahan, selain mempunyai sikap gila-gila yang agak 'over'. 

Namun, kini Chef Wan mengakui tidak mahu menyimpan rasa tidak puas hati atau pun dendam terhadap pengasas Qu Puteh itu. 

Malah, dia berasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Vida dalam perniagaannya. 

"Jauh daripada hati saya tak pernah berdendam atau pun nak melepaskan geram terhadap dia (Vida).

"Saya berasakan dia seorang wanita baik, bercita-cita tinggi dan kalau dia nak... dia nak juga," katanya menerusi satu posting di laman Instagram. 


Hal ini jelas boleh dinilai sendiri oleh para peminat menerusi program Gegar Vaganza 4 minggu lalu.

Kedua-dua ikon tersebut dilihat mesra dan saling usik-mengusik. Memang melucukan telatah keduanya. 

"Apa yang berlaku hanya gurauan senda dengan DS Vida. Saya suka dengan personaliti gila-gilanya dan dia hanya menjadi diri sendiri.

"Soal meminang, nampaknya kena telan lima botol Pamoga dahulu la sebelum masuk meminang, jika tidak tercabut kepala lutut saya nanti DS!," kata Chef Wan bergurau. 


Chef Wan turut mahu melupakan apa yang berlaku antara dirinya dan Vida sebelum ini.

"Penting untuk kita menjauhi sifat dendam atau pun marah yang berpanjangan.

"Sebagai manusia kita jangan simpan kemarahan mahu pun berdendam berpanjangan, elok bermaafan... forgive and forget and look forward to the future," katanya lagi.

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ys4Hwt
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2Aib9nk
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment