Thursday, 2 November 2017

‘Duit Poket Untuk Cucu Kesayangan.’ - Datuk Mengeluarkan Jutaan Ringgit Daripada Akaunnya. Kerani Bank Curiga Terus Menghubungi Polis Untuk Kepastian..


Kebelakangan ini, banyak kes penipuan melanda masyarakat di seluruh dunia. Penipuan pembelian rumah, kes ugut dan sebagainya semakin menjadi-jadi sekali gus menyebabkan orang awam berhati-hati apabila berhadapan dengan sesuatu yang mencurigakan.

Justeru, apabila seorang warga emas berusia 84 tahun ini telah pergi ke bank untuk mengeluarkan sejumlah wang bernilai jutaan ringgit, kerani bank berkenaan dengan segera menghubungi pihak polis kerana bimbang dengan situasi tersebut.


Datuk berusia 84 tahun dari Yunlin Dounan bernama Wong ini dikatakan telah pergi ke persatuan petani dengan niat untuk mengeluarkan wang simpanan yang berjumlah jutaan ringgit. Menurut datuk Wong, wang berkenaan hendak diberikan kepada cucunya.


Namun, pekerja tersebut tidak mempercayai apa yang diperkatakan oleh datuk Wong dan terus menghubungi polis bagi memaklumkan kecurigaannya. Setibanya polis di lokasi berkenaan, mereka memutuskan untuk menghubungi sendiri cucu datuk Wong bagi mendapatkan maklumat sebenar.

Rupanya, cucu datuk Wong merupakan seorang ahli bomba dan juga cucu kesayangannya. Memandangkan dia bakal melawat datuknya, datuk Wong mengambil keputusan untuk memberikan wang tersebut sebagai ‘duit poket’ untuk cucunya.


Cucu datuk Wong kemudiannya meminta pihak polis membantu datuknya memasukkan semula wang tersebut ke akaun bank datuk Wong. Menurutnya, dia sangat menyayangi datuknya tetapi dia tidak memerlukan wang sebanyak itu daripada datuknya sendiri.

Cucu datuk Wong sangat berterima kasih kepada pihak polis dan juga kerani bank berkenaan atas keprihatinan mereka dalam membantu datuk Wong. Perkara ini akhirnya dapat diselesaikan dengan baik.

Walaupun ianya adalah kes salah faham, pihak polis menasihati kepada orang ramai supaya sentiasa membuat laporan sekiranya terdapat mana-mana ahli keluarga menerima panggilan yang mencurigakan.


Kisah datuk Wong mencuri perhatian netizen yang kemudiannya berebut-rebut untuk menjadi cucu angkatnya.

“Datuk ingat tak saya pernah membantu datuk melintas jalan raya?”

“Datuk, adakah datuk memerlukan seorang lagi cucu? Saya boleh menjadi cucu yang taat”.

“Datuk ini boleh mengeluarkan jutaan ringgit daripada akaun banknya. Sudah pasti terdapat banyak lagi wang di dalam akaunnya”.

“Saya meminta RM100 daripada ibu pun dia tidak mahu berikan. Saya mahu menjadi cucu kepada datuk Wong. Haha!”.

Walau apa pun, nilai kasih sayang datuk Wong terhadap cucunya tidak terhingga sehingga sanggup memberikan sejumlah wang yang banyak! Namun harus diingatkan, kebahagiaan bukan hanya datang daripada harta dan kebendaan. Tetapi bagaimana kita sanggup berkorban demi mereka yang kita kasihi.

Sumber: Era Baru


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2lH2lnB
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2xMOzkX
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment