Tuesday 7 November 2017

Dugaan Apakah Ini Ya Tuhan? - Pelajar Tiba-Tiba Buta 2 Minggu Sebelum SPM


Usaha yang memakan masa bertahun, tanpa lelah mengulangkaji pelajaran tapi akhirnya segalanya menjadi gelap tiba-tiba.

Bayangkan dugaan yang terpaksa ditempuhi Khairulimran Adam, seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kehilangan penglihatannya kira-kira dua minggu sebelum peperiksaan dijalankan.


"Dua tahun lalu saya boleh melihat dengan jelas, namun ketika mengambil PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3), mata saya mengalami masalah. Saya mendapatkan rawatan selain menjalani pembedahan di Hospital Selayang dan kembali boleh melihat.

"Pada 23 Oktober lalu, selepas selesai solat Subuh berjemaah di sekolah, saya sedar penglihatan saya berbentuk hitam dan semakin lama semakin kabur," katanya seperti yang dipetik dari Berita Harian.


Dugaan apakah yang kau berikan ini Ya tuhan? Kisah pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mohd Khalid di Johor Bahru ini mendapat perhatian dari netizen. Masing-masing meluahkan rasa sedih dan simpati dengan nasib yang menimpanya.


Walaupun tidak dapat melihat, namun Khairulimran tetap gagah melangkah ke dewan peperiksaan.

Ditemani jurubaca dan jurutulis disediakan Lembaga Peperiksaan Malaysia, remaja ini kelihatan tenang dalam menjawab soalan berkenaan.


Buat pengetahuan, Khairulimran mendapat keputusan 7A 2B dalam peperiksaan percubaan sebelum ini.

Semoga adik ini akan terus tabah dengan ujian yang diberikan Tuhan dan semoga berjaya dalam kehidupan. Amin.

Sumber: CARI


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2AoAsE5
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ydHtX1
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment