Sunday 2 July 2017

Sedih.!! Kerana Tidak Mampu Menanggung Kos Rawatan Terlalu Tinggi, Si Ayah Gali Kubur Untuk Anaknya Sebagai Persediaan Menjelang Hari Kematian


Zhang Liyong, seorang petani dan bapa di Sichuan, China, ditimpa dugaan besar apabila anak perempuannya ditimpa penyakit talesemia.

Zhang Xinlei, dua tahun setengah bulan, menghidap penyakit talasemia semenjak usia dua bulan lagi.

Talasemia merupakan penyakit genetik yang menyebabkan pesakit gagal menghasilkan haemoglobin atau sel darah merah.

Liyong telah cuba pelbagai rawatan dan memakan kos yang banyak bagi memulihkan anaknya.

Doktor yang merawatnya turut memberitahu bahawa tiada harapan lagi untuk si kecil ini.

Oleh itu, Liyong yang tinggal di kawasan perkampungan, terpaksa menggali kubur sebagai persediaan untuk anaknya yang bakal pergi buat selama-lamanya.

Dia dan isterinya terbeban dengan hutang-piutang yang banyak dan kini malu untuk terus berhutang.

Bukan itu sahaja, orang ramai turut tidak mampu untuk memberikan wang pinjaman kepada Liyong untuk merawat anaknya.

Mereka telah menghabiskan wang sebanyak RM 63 ribu atau 100 ribu Yuan bagi merawat anak kesayangan mereka.

Liyong dan isterinya hanya bekerja kilang dengan pendapatan sekitar RM 1,200 sebulan, maka mereka sendiri tidak mampu merawat penyakit anak mereka.

Menurut Liyong, “Kami telah membuat pinjaman wang daripada pelbagai pihak, dan sekarang mereka tidak mahu memberi pinjaman kepada kami lagi.”

Disebabkan itu, Zhang Liyong membawa anaknya, Zhang Xinlei, untuk bermain dan berehat dalam lubang kubur.

Zhang Liyong sudah menggali kubur untuk anaknya supaya dapat membiasakan diri tidak lama lagi.

Dalam sebuah video yang dikeluarkan oleh Pear Video, Liyong dan isterinya ternyata sedih kerana terpaksa menerima kehilangan anak mereka tidak lama lagi. Liyong dan anaknya baring dan bermain bersama dalam lubang kubur tersebut supaya anaknya sedar itulah yang akan menjadi “tempat rehat” untuknya nanti.

Ibunya pernah terfikir untuk membuat pemindahan darah daripada tali pusat bayi dalam kandungannya, namun hasrat itu terhenti kerana tidak mampu membiayai kos pemindahan tersebut.

Tambah Liyong lagi, “Kami sudah terdesak dan tiada pilihan lain. Apa yang saya boleh lakukan sekarang adalah teman Xinlei setiap hari dan membuatnya merasa selesa dengan kuburnya supaya dia tidak takut kelak.”

Selepas video ini disebarkan pada 27 Jun lepas, dana perubatan sedang giat dikumpulkan tetapi hanya masa yang menentukan untuk menyelamatkannya.

Sumber: Era Baru


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sCtA0T
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2sCcnES
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment