Wednesday 5 July 2017

Pengguna Facebook 'Catt Ginger' Seorang Pengurus Ladang Ditahan Kerana Hina Agong


KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menahan seorang wanita kerana memuat naik gambar menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di laman Facebook, pada 25 Jun lalu. 

Wanita berusia 41 tahun yang juga pengurus ladang di Kunak, Sabah itu ditahan di sebuah rumah di Taman Usahawan, Kepong, di sini, jam 11.56 malam tadi. 

Timbalan Pengarah JSJK (Siber dan Siasatan Multimedia) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamaruddn Md Din, berkata sebuah telefon bimbit, komputer riba, modem dan router turut dirampas dari kediaman itu untuk siasatan. 

"Suspek ditahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Permohonan reman masih dalam proses," katanya di sini, hari ini. 

Terdahulu, wanita itu yang menggunakan nama 'Catt Ginger' pada akaun Facebooknya didakwa memuat naik gambar Sultan Muhammad V yang disunting pada bahagian hidung menyerupai hidung khinzir. 

Gambar itu dimuat naik bersama komen, 'Selamat Hari Raya' pada hari pertama Aidilfitri yang kemudian viral di media sosial. 

Perbuatan itu turut dikecam netizen yang mahu polis mengambil tindakan segera dengan menahan individu yang bersikap biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong. Beberapa laporan polis berhubung perkara itu turut dibuat. 

Penahanan wanita itu turut dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya rasminya (@KBAB51), pagi tadi. 

"Syabas JSJ KL @PDRMsia bjaya tkap 'Catt Ginger' yg menghina KDYMM YDP Agung. #GoPDRMGo,"katanya. - Berita Harian


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tHqbCy
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2spmtJU
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment