Thursday 6 July 2017

Jangan Kelirukan Masyarakat Dan Bangga Dengan Pelihara Anjing - Ustaz Kazim Elias


LENGGONG: Wanita Islam yang bangga memelihara anjing hingga menjadi viral dalam media sosial dinasihatkan segera belajar ilmu agama bagi mengelakkan tindakannya menjadi ikutan ramai dan fitnah dalam masyarakat. 

Penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias berkata, tindakan wanita itu bukan saja menimbulkan fitnah besar sehingga boleh menjadi umat Islam yang cetek ilmu agama bercelaru tetapi juga perbuatan mempersenda hukum Allah dan pegangan mazhab Syafie yang dianuti di negara ini.

 "Wanita itu sendiri bercelaru apabila memberi maksud ihsan terhadap anjing kerana kita tidak pernah disuruh bermusuh terhadap haiwan itu tetapi hanya dihukumkan sebagai najis terutama air liurnya yang boleh mendatangkan penyakit berbahaya. 

"Kenapa kita sibuk hendak memelihara anjing sehingga ke dalam rumah sedangkan ia bukan suruhan Allah. Allah suruh kita bela anak yatim tapi anjing pula yang dibela. Kitab mana yang dibaca," katanya. 

Mohd Kazim berkata demikian ketika berceramah di Karnival Lenggong 2017 sempena Ulang Tahun Ke-5 Tapak Warisan Dunia UNESCO di Dataran Lenggong, di sini, malam tadi. Beliau mengulas klip video dalam media sosial yang menunjukkan wanita itu memelihara dan memegang anjing termasuk membiarkan mukanya yang memakai tudung dijilat haiwan itu yang diberi nama Bubu. 

 Mohd Kazim berkata, hukum Islam jelas terhadap anjing terutama air liurnya sebagai najis mughallazah iaitu najis berat yang wajib disamak atau sertu jika terkena malah mazhab Syafie juga meletakkan hukum wajib disamak jika bersentuh dengan anjing apabila keadaan kita atau haiwan itu dalam keadaan basah. Katanya, ia bermaksud jika sengaja hendak sentuh anjing adalah tidak dibenarkan dalam Islam meskipun ia boleh disamak. 

 Beliau berkata, jika berfahaman tidak mengapa pegang anjing sebab boleh disamak, kenapa mereka yang berpandangan demikian tidak menganjurkan sahaja pesta memegang najis sendiri selepas itu disamak dan kemudian dipegang lagi dan dibasuh. "Ada sebab mengapa Allah meletakkan anjing dan babi itu sebagai najis mughallazah. 

Tapi tak, kita rasa lebih pandai daripada Allah dan rasa tak bersalah pun mempromosikan perlakuan itu. "Bila Allah hukumkan haram maka itu ada sebabnya. 

Satu daripadanya yang kita dah tahu bahawa air liur anjing itu berkuman yang boleh menyebabkan kita mati atau sel otak menjadi mati seperti yang berlaku dalam kes penyakit anjing gila baru-baru ini.  
"Bagaimanapun, anjing boleh dibela hanya untuk menjaga kebun atau pergi berburu saja tetapi jika tersentuh wajib juga disamak. Untuk jalan selamat, baik tak usah bela," katanya.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2uwvSRq
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2tntj5A
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment