Tuesday 4 July 2017

(Gambar & Video) Tiada Istilah Kahwin Dalam Suku Mosuo – Tidak Percaya? Tapi Ianya Memang Wujud


Suku Mosuo merupakan golongan minoriti yang tinggal di wilayah Yunnan dan Sichuan China, berdekatan sempadan Tibet. Jumlah mereka cuma sekitar 40, 000 orang. Bagi orang luar mereka dikenali sebagai ‘Kerajaan Wanita.’

Gelaran ini diberikan kerana suku Mosuo mengutamakan kaum wanita berbanding lelaki. Peranan wanita adalah mencari nafkah, biasanya bercucuk tanam atau menangkap ikan.

Tetapi bukan itu saja yang menjadikan masyarakat ini unik dan berbeza dari masyarakat lain di dunia. Mereka juga tidak tidak mengamalkan perkahwinan! Wanita Mosuo mempunyai kuasa dalam menentukan pasangan hidup. Malah boleh memiliki kekasih seberapa ramai yang disukainya.

Berikut luahan wanita Mosuo tentang amalan walking marriage dalam budaya mereka:


Lebih pelik, istilah ‘pasangan hidup’ bagi mereka cuma terhad kepada hubungan seks semata-mata. Mereka tidak akan tinggal bersama atau berkongsi harta dengan pasangan. Hubungan ini diistilahkan sebagai ‘Walking Marriage.’

Jadi bagaimana walking marriage ini diamalkan oleh suku Mosuo?

Biasanya apabila gadis Mosuo mencecah usia 13 tahun, mereka akan diberikan bilik sendiri. Setiap malam, mereka akan menunggu kedatangan lelaki masuk ke dalam bilik mereka. Tidak hairanlah jika ada tangga diletakkan menghala ke atas tingkap bilik.

Apabila didatangi oleh lelaki, topi si lelaki harus diletakkan di tingkap sebagai tanda ada ‘tetamu’ di dalam bilik si gadis. Ini untuk mengelak lelaki lain masuk ke bilik yang sama.


Jika suka sama suka, hubungan seks pun dilakukan di dalam bilik tersebut. Sebelum siang atau awal pagi si lelaki akan pulang semula ke rumah ibunya. Malam yang berikutnya, si lelaki akan datang lagi.

Walaupun sudah memiliki kekasih, si wanita masih punya hak untuk menjalin hubungan dengan lelaki lain. Begitu juga lelaki, mereka juga boleh menjalin hubungan dengan wanita lain.

Dalam soal zuriat, anak tidak akan dipelihara oleh ayah. Ia menjadi tanggungjawab penuh keluarga perempuan menjaga anak tersebut. Seseorang lelaki tidak akan menyambut kelahiran bayi mereka. Malah jika bertemu, ia dianggap sebagai orang asing. Sebaliknya tugas mereka adalah menjaga dan mendidik anak kakak atau adik mereka.


Sejak kecil anak perempuan mula diajar memasak, membersihkan rumah, mencari kayu api, membuat kain tenun, memberi makan ternak dan bertani. Sebaliknya, para lelaki Mosuo hampir tidak diberi tanggung jawab, kecuali menjaga ternakan. Selebihnya, mereka berehat sepanjang hari.

Hingga kini, tradisi ini masih diamalkan oleh suku Mosuo di wilayah Yunnan dan Sichuan. Ia manjadi salah satu tarikan pelancongan di China. Malah kerajaan sedaya upaya cuba mengekalkan tradisi ini.

Sumber: pakbelalang.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2tJDJ03
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2snCX5k
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment