Monday 24 July 2017

Dengan Risiko Kehamilan Yang Akan Mengancam Nyawa, Ibu Terkecil Di Dunia Ini Berbangga Melahirkan 3 Orang Anaknya


Seorang ibu terkecil di dunia bertekad untuk melahirkan ketiga-tiga orang anaknya tidak kira apa pun yang terjadi, walaupun dengan mengancam nyawanya sendiri.

Stacey Herald berasal dari Dry Ridge , Kentucky , Amerika Syarikat hanya setinggi 2 kaki 4 inci tetapi semangatnya yang tinggi untuk menjadi ibu tidak kira apa pun risiko yang akan ditanggungnya patut dijadikan tauladan.

Katanya dalam Telegraph Report, “Kami tidak merancang untuk melahirkan lebih daripada 2 orang anak. Kami hanya berfikir dengan melahirkan mereka, itu sudah merupakan hadiah yang terhebat di dunia. Dengan hanya memandang mereka, itu sudah membuatkan saya dan Will berasa bahagia dan gembira. Ia satu keputusan yang sukar jika tidak mahukan lebih dari dua.”


Stacey Herald menderita satu penyakit genetik yang ganjil dipanggil Osteogenesis Imperfecta yang membantutkan pertumbuhan tulang dan hati yang tidak berkembang, menyebabkan pertumbuhan fizikal menjadi terbantut.

Stacey telah diberitahu dari awal yang kehamilan boleh membunuhnya dengan sebab apabila bayi membesar di dalam rahimnya, ia akan beransur-ansur menghimpit hati dan jantungnya. Tetapi Stacey berkeras hati untuk meneruskan kandungannya dengan anak ketiga dan melahirkan bayi tersebut pada usia 36 tahun.

Suaminya, Will Herald berusia 27 tahun adalah seorang paderi pelatih yang berukuran normal 5 kaki 9 inci.


Pasangan ini telah bertemu pada tahun 2000 dan berkahwin pada tahun 2004. Mereka mahu mempunyai anak dan menjalani kehidupan berkeluarga seperti mana pasangan lain.


Apabila para doktor memberi amaran yang dia amat berisiko untuk hamil dan melahirkan anak, perkara tersebut telah membuatkan Stacey berasa sangat sedih dan kecewa.

“Ia amat menyedihkan apabila saya diberitahu yang saya tidak boleh mempunyai anak.” kata Stacey.

Stacey berkata lagi, “Sepanjang hidup saya, ibubapa saya telah memberitahu yang saya boleh melakukan apa sahaja. Dan para doktor itu pula memberitahu yang kami tidak boleh mempunyai keluarga yang sempurna. Ia amat menyakitkan.”

Namun begitu, pasangan itu masih tetap mahu meneruskan rancangan mempunyai anak sendiri walaupun ia penuh dengan risiko dan mengancam nyawa Stacey. Stacey hamil lapan bulan kemudian. Stacey meneruskan kehamilan itu walaupun ia dibantah oleh para doktor dan keluarga Stacey sendiri.


“Mereka memberitahu saya akan mati. Mereka merayu kepada saya supaya tidak meneruskan kandungan ini. Ibu Stacey sampai berkata, “Kamu tahu kamu tidak akan selamat bukan?”

Dan Stacey memberitahu ibunya, ” Ia satu keajaiban apabila saya berada di sini dan masih hidup. Tidakkah kandungan ini satu keajaiban juga?”


Stacey Herald telah selamat melahirkan dua orang anak perempuan dangan jayanya dalam masa 2 tahun. Anak sulungnya, Kateri mewarisi penyakit genetik Stacey dan anak keduanya Makya adalah anak yang normal.

Stacey telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Malachi yang dilahirkan dengan kaedah ceasarean menegak yang jarang dilakukan dan terpaksa diletakkan di dalam inkubator di unit rawatan rapi. Malachi menderita penyakit hernia yang mengancam nyawa dan telah menjalani pembedahan pada usianya baru 4 minggu.

Stacey memberitahu, “pada satu masa, para doktor memberitahu yang jantungnya telah berhenti dan kami fikir dia tidak akan selamat. Namun syukur para doktor telah berjaya menyelamatkannya. Ia suatu keajaiban buat kami.”


Malachi juga mewarisi penyakit genetik ibunya.

Kata Stacey, ” Apabila kami mendapati Malachi mewarisi penyakit seperti saya, ia amat sukar. Tetapi kami positif dan tetap akan menyokongnya sebaik yang mugkin kerana Kateri dan saya telah berada di dalam keadaan seperti itu lebih lama daripadanya.”


Dengan mengharungi pelbagai cabaran yang sukar sepanjang kehamilannya dan mengancam nyawa, Stacey Herald berasa dia diberkati dan dia amat menyayangi anak mereka.

“Kesemua anak-anak saya adalah satu keajaiban .” katanya dengan penuh bangga.

Sumber: Era Baru


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2urwLMS
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2uTkSAg
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment