Friday 7 July 2017

"Bukan Tak Boleh Cari Ganti Lebih Hebat Tapi Sebab Dah Berakad, Jangan Senang-Senang Nak Leraikan"


Perkongsian Farah Lee, seorang blogger yang cukup terkenal di media sosial yang juga merupakan bekas isteri kepada seorang personalitI TV tentang hal rumahtangganya cukup menyentuh hati. Rata-rata nitizen yang membaca memberi pelbagai reaksi, ada yang menyokong tidak kurang yang mengkritik.

Begitu pun admin Majalah Keluarga cukup kagum dengan tindakan Farah Lee yang begitu gigih berusaha dalam memastikan tali perkahwinannya tidak terputus. Biarpun ketika itu, lafaz cerai sudah diungkapkan, namun dia tidak malu untuk terus mencuba. Biarpun dikatakan terhegeh-hegeh pada orang yang tidak sudi. Namun, nyata jodoh itu bukan miliknya apabila usaha yang dilakukan tidak berhasil.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat comel bernama bernama Maream. Pasangan suami isteri ini bercerai pada Ogos tahun lepas. Ikuti perkongsian dari Farah Lee menerusi Instagramnya tentang saat-saat ketika dia diceraikan dan ketika dia melalui proses penceraian.

Tunjuk sedih selalu kang orang cakap tak moved on meroyan pulak, tunjuk happy side pulak ramai nak ikut dia ingat jadi janda ni best sangat kot 😅 Sharing ni agak personal tapi harapan semoga ia dapat buka mata mereka yang ada plan untuk bercerai, berfikir lagi.

Firstly keputusan bercerai ni bukan kehendak aku. Aku setuju diceraikan kerana menghormati kehendak pihak satu lagi. I believed he had done his best and that was his time to tawakkul so he decided to ceraikan. But for me, I masih rasa belum did my best jadi aku masih mahu pertahankan, tambahan kami ada Maream.

Jadi walau dah dilafazkan talak, dalam tempoh iddah aku masih mahu tinggal serumah (islam galakkan untuk talak rajie). Macam2 usaha. Kalau orang tengok, macam tiada maruah. Parents aku marah, kata mereka kenapa masih terhegeh.? Aku kata ini bukan kerana dia tapi kerana Allah. Sebab bukanlah dia perfect sangat sampai aku tak nak lepaskan 😬 Bukanlah aku rasa tak mampu cari ganti yang lebih hebat 😛 Tapi ia janji dengan Allah yang perlu aku tunaikan.

Perselisihan bagi aku biasa dalam rumahtangga. Kita berkorban, mereka juga. Ada benda yang kita tak suka pada mereka, begitu juga mereka. Tapi sebab kita dah berakad, sabar, jangan senang-senang nak leraikan. Marriage needs toleration, marriage needs sacrifices. Ni bukan bercinta, ni bukan bertunang, ni perkahwinan.

Jadi, sabar. Usaha. Berdoa, tahajjud, zikir. Buat baik dengan semua orang. Banyakkan sedekah. Ikhlaskan diri dengan pengorbanan yang diberi. Involve keluarga, pihak luar if terlibat dan bincang bersama. Hadir kaunseling. Jumpa ustaz, amalkan pendinding diri (mungkin berkaitan dengan makhlus halus). Kalau perlu, cuba duduk asing dahulu.

Since relationship takes two to tango, kalau pihak satu lagi bagi kerjasama, usaha di atas mungkin berjaya. Kalau tak, menjanda lah kita 😂 Tapi at least kita tahu kita dah berusaha, no regrets. Sampai tahap ni, kita akan senang redha. Sampai dah redha, kita akan bersyukur.

Jadi, selagi masih ada peluang, usahalah pertahankan. Mungkin tak bahagia sekarang, tapi berkat sabar dan ingin turuti suruhan Tuhan, bahagia akan tampil nanti. Kalau tak didunia, di Syurga pasti.

Love,

F. L. #FLwrites #ommabebel


Semoga Farah Lee terus tabah dalam membesarkan anaknya. Mungkin tiada jodoh dengan bekas suami, mana tahu ada yang lebih baik menantinya. Yang penting kena percaya pada aturanNya dan bersangka baik atas apa yang berlaku. Pasti ada hikmah disebaliknya.

Sumber: Majalah Keluarga


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2uQZGHT
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2twHUKi
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment