Wednesday 5 July 2017

15 Perkara Paling Seronok Jika Berkahwin Seawal 20-an


Kepada pasangan yang memilih untuk berkahwin muda seawal 20-an, mungkin ini adalah antara perkara yang mereka rasakan. Antara 15 perkara yang dialami oleh pasangan yang berkahwin muda ialah:

Mereka sudahpun menemui pasangan yang tetap menyayangi mereka disaat dalam proses pembelajaran tentang hidup seterusnya untuk menjadi matang dalam kehidupan.

Ada impak positif “kick” yang agak berlainan daripada “dating” iaitu bukan sahaja untuk menyemaikan perasaan cinta semata-mata tetapi dalam keadaan bercinta dapat juga menjalankan tanggungjawab yang harus dipikul. Perkara semuanya menjadi mudah disaat umur masih muda kerana saling memahami antara satu sama lain.

Apabila pasangan didalam keadaan sedih atau “down”, pasti ada penyorak/penyokong dalam membantu menaikkan kembali semangat pasangan.

Dapat belajar bersama-sama tentang perkara yang penting mengenai rumahtangga dalam menguatkan dan mengukuhkan hubungan suami isteri.

Pasti ada yang menunggu kepulangan anda setelah anda pulang bekerja walaupun dalam keadaan penat, penat itu boleh hilang serta merta.

Sentiasa ada rasa bersyukur dalam perhubungan ketika mendengar keluhan kawan-kawan sebaya yang belum berkahwin tentang hubungan mereka kerana anda sudahpun melepasi fasa itu.

Pasti ada yang selalu mengingati anda bahawa anda sedang disayangi.

Mampu menempuhi dan menghadapi cabaran hidup secara perlahan-lahan kerana saling mengajar antara satu sama lain.
Dia seorang kawan baik, buah hati, dan “partner in crime”, semuanya dalam satu!

Apabila hubungan sudah stabil, semestinya anda boleh fokus dalam memantapkan lagi kerjaya anda dalam pembangunan rumahtangga.

Ada peneman dalam melakukan aktiviti-aktiviti rutin seperti membasuh baju, mengemas rumah, dan membeli keperluan dapur. Semuanya menjadi seronok.

Dating hanya dirumah sahaja seperti menonton “movies” sama-sama dan tidak perlu mengeluarkan banyak bajet seperti kekasih diluar sana.

Anda boleh menjadi diri sendiri dalam keadaan bebas. Tidak perlu binggung untuk balas mesej (takut pasangan merajuk) kerana anda sudahpun serumah dengan si dia!

Mungkin ada kawan yang akan berkata; “Mudanya kahwin. Dah cukup “enjoy” ke?”. Namun sebaliknya anda lebih suka dan selesa begini kerana sudahpun halal bersama.

Semua perkara menjadi tidak kekok kerana minda disaat muda inilah saatnya berfikiran yang sangat terbuka.

Sumber: Baituljannah.com


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2uon0NA
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2uJa843
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment