Sunday 5 March 2017

Penduduk Bertempiaran Lari Ketakutan, 'Makhluk Aneh' Muncul Di Ruang Udara Zambia


KITWE, ZAMBIA - Penampakan satu bentuk yang menyerupai manusia di langit menggemparkan penduduknya sehingga ada yang bertempiaran lari kerana ketakutan, lapor Daily Mail

Bentuk yang menyerupai Dementor, watak dalam filem Harry Potter itu dilihat di ruang udara Mukuba Mall, Kitwe. 

Gambar yang viral di media sosial itu menunjukkan bentuknya yang lengkap dengan kepala seperti manusia terapung di langit dan dianggarkan berukuran lebih dari 100 meter panjang. 

Bentuk hitam itu yang dipercayai terbentuk hasil cantuman beberapa bahan di udara terawang-awang di ruang udara pusat beli-belah itu lebih setengah jam. 

Ada segelintir penduduk yang menyaksikan kejadian itu menganggap kehadiran bentuk itu adalah sebagai peringatan daripada Tuhan. 

Dementor - Harry Potter

Seorang saksi berkata, "Kami terkejut melihat bentuk itu yang kelihatan seperti manusia di ruang udara selama hampir 30 minit. 

"Ada yang mula berdoa, tetapi ramai yang melarikan diri. Ianya sungguh pelik," katanya.


Bagaimanapun, bentuk berkenaan adalah layang-layang dan dipercayai gambar tersebut telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2mJLIHA
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2mJXpxU
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment