Tuesday, 28 February 2017

Teknik Penculikan Kanak-Kanak Dengan Menggunakan Van Sekolah Yang Ramai Orang Tak Tahu


Pagi ni saya dikejutkan dengan satu cerita yang menakutkan terjadi pada jiran betul2 sebelah rumah. . Bukan diambil dari mak sedara, abang ipar mahupun kawan baik. Ini betul2 terjadi depan mata saya.

Subuh tadi..lazimnya bila lepas kejut anak bangun tidur utk bersiap ke sekolah saya akan turun ke bawah untuk siapkan sarapan dan bekal sementara tunggu mereka mandi. Saya biasanya akan buka pintu rumah untuk nikmati suasana subuh yang dingin dan tenang.

Tetapi pagi ini agak berbeza dari pagi2 sebelumnya apabila van sekolah berhenti di depan rumah jiran saya. Bila saya tgk jam..6.20am. Hati saya cuma terdetik.."awalnya van sekolah dia dtg pagi ni. Selalunya 6.40am". Tapi saya teruskan kerja saya didapur. Kemudian saya dengar suara bising di luar. Saya ke depan utk jenguk.

Saya dengar driver van sedang bising2.. saya tak faham. Sebab mereka cakap bahasa cina. Bila jiran saya seorang lagi keluar..van sekolah pun beredar.

Saya pun tanya pada Ah Pek tu apa yang terjadi. Kata Ah Pek tu, van sekolah dtg nak ambil cucunya. Tapi van tu awal 20 minit. Dia tanya driver kenapa awal. Katanya driver tak tau..boss suruh ambil awal. Van sekolah masih kosong. Selalunya van sudah penuh.

Sebab cucu nya trip yang terakhir. Driver van pun muka lain. Dia rasa tak sedap hati..Jadi dia suruh driver ambik budak lain dulu..sebab cucunya belum siap. Driver tak mahu. Dia takmahu patah balik. Dia kata kalau tak mahu patah balik..takpelah dia akan hantar cucunya ke sekolah. Driver kata dia menyusahkan.. dia kata nak buat mcm mana..cucunya belum siap. Mcm mana nak suruh naik van. Driver terus marah dia. Sampailah Albert (jiran kami) keluar. Van pun pergi cepat2

Saya cuma angguk kepala. Pkl 6.40am..van sekolah pun sampai. Saya yang sedang duduk tunggu anak saya sarapan..menjenguk keluar. Saya nampak cucunya naik van tersebut. Dan dengar ah pek itu bercakap dgn dri ver van. Saya diamkan saja. Kemudian saya hantar anak saya ke sekolah. Balik dari hantar anak..saya menyapu di luar. Ah Pek datang depan rumah saya.

"Aiya!! U tau ka..tadi saya tanya driver van yang selalu ambik saya punya cucu..dia ada hantar olang ambik ka..dia kata tarak. Kalau ada..dia akan bagitau satu hari awal. Dia kata itu olang mau kidnap saya punya cucu wo. Dia kata sekalang..olang guna van sekolah utk kidnap budak! Haiyaa".

Saya beliakkan mata. Saya tengok orang tua ini tak habis2 geleng kepala sambil menadah tangannya yang penuh urat dan tinggal tulang itu ke langit. Ya Allah.. nasib Allah beri orang tua ini akal. Kalau tidak...

Pada mereka yang hantar anak2 menaiki van..pastikan nombor van, waktu dan pemandunya adalah sama setiap hari. Mungkin ini adalah modus operandi mereka yang terbaru untuk menculik kanak2.

Ya Allah..peliharalah anakkami


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2mbQlcS
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2layljr
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment