Wednesday, 22 February 2017

Cara duduk tak betul, kerap tahan sakit belakang punca tulang belakang wanita ini jadi abnormal



Asalnya Subuh tadi, dalam toilet, saya tunduk ambil ubat gigi terjatuh di lantai. Tiba-tiba pinggang terasa sakit sangat. Tak boleh nak bangun semula dari ambil ubat gigi itu. Rasa seperti terputus urat pinggang, tercabut pinggang, tak tahu apa perkataan yang sesuai untuk menggambarkannya. Keluar dari toilet raba dinding dan pergi ke katil, baring. 

Masa nak baring di katil, alahai sakitnya. Nak beralih pun sakit. Bergerak sikit pun sakit. Eh, kenapa pula jadi begini? Sebelum ini tak pernah pula lalui situasi seperti ini. 

Kebiasaannya lenguh dan sakit belakang saja dan masih lagi mampu menahan kesakitannya. Namun kali ini saya tak tahan, jalan pun jengket-jengket, tunduk tak boleh, duduk pun sakit, bangun pun sakit, semua aktiviti perlu dibuat secara perlahan-lahan. Macam orang tua pula. 

Masa itu saya terbayang bagaimana nak buat kerja kalau begini keadaannya. Allah, takutnya! Bagaimana jika tak sembuh? Jadi tidak normalkah saya kelak? OKU kah? Aduh, saya tak nak jadi begitu ya Allah. 

Cuak dengan apa yang berlaku, terus saya bertanya pada beberapa orang kenalan. Mereka nasihatkan saya pergi ke hospital, buat x-ray sebab berkemungkinan saya mengalami slip disc. 

Saya sempat Google apa itu 'slip disc' dan tanda-tandanya. Salah satunya adalah terasa sakit dan kebas di bahagian kaki ke bawah. Saya tak rasa pula begitu, bukan slip disc agaknya. Ini tersilap urat saja rasanya. Hati saya kuat menyatakan ia sakit biasa-biasa saja. 

Jam 2.30 petang, selesai x-ray dan Doktor Farid beri penerangan panjang lebar mungkin sebab saya dah siap-siap study bab ini sebelum berjumpa doktor. Jadi beliau mudah untuk memberi penerangan terhadap soalan-soalan saya. Dia Google saja perbandingan spine saya yang x-ray itu dengan gambar normal spine. 

"Alhamdulillah, tiada masalah slip disc, tiada keretakan spine tetapi, saya nak cerita sikit ini," katanya. 

Aduh, ini yang membuatkan saya rasa suspen. Doktor suruh saya bezakan antara gambar x-ray spine saya dengan gambar normal spine. Nampak gambar x-ray spine saya sedikit lurus. Bila lihat normal spine, ada bengkok, kan? Saya punya lurus sedikit (kurang bengkok), itulah puncanya. 

Doktor Farid mula menyiasat latar belakang dan aktiviti saya. Apa yang telah saya buat sehingga tulang belakang ini menjadi abnormal, lurus sedikit begitu? Ini bukan sekejap, ini makan masa bertahun-tahun nak dapat tulang belakang berubah menjadi sedikit lurus seperti ini. Walaupun nampak sedikit saja berubah, tetapi sakitnya tak terkata. 

"Mesti puan pernah buat kerja duduk secara bongkok ini dah lama, kan? Bertahun-tahun, 5-6 tahun ini. Ini kes tekun buat kerja sampai dapat posture macam ini. Designer ke?" soalnya. 

Saya diam sebab terfikir apa kerja saya 4-5 tahun yang lalu. Terlupa pula saya kerja apa sebelum ini. 

"Puan mesti selalu sakit belakang. Tapi puan tahan saja. Tak kisah pun sakit belakang, tetap buat kerja seperti biasa. Betul tak?" soalnya lagi. 

Uih, doktor ini main teka teki teka tekuk pula. Baru saya teringat, sejak 2009, saya kerja sebagai cake designer. Saya memang tekun buat figurine duduk terlalu lama terbongkak statik saja dan deco cake terbongkok-bongkok berjam-jam lamanya. 

"Ha, itulah puncanya sampai posture spine berubah. Hari ini, inilah kemuncak puan terasa sakit yang amat itu. Selama ini tanda-tandanya adalah sakit belakang itulah," jelas doktor. 

"Allah, yeke doktor? Ada harapan boleh bengkokkan semula tak tulang belakang saya ini?" saya tak tahu nak tanya apa. Saya hanya mampu tanya ada harapan nak pulih atau tak, itu sahaja. 

"Boleh sembuh tetapi ambil masa. Sepertimana bertahun-tahun tulang belakang itu kita buat sampai jadi begitu. Puan perlukan rawatan fisio," Doktor Farid terangkan satu persatu apa yang saya perlu buat. 

Buat kawan-kawan bakers, jaga postur duduk anda. Rupanya cara kita buat kerja juga mempengaruhi tulang belakang kita. Duduklah dengan betul. Apatah lagi kerja-kerja yang memerlukan support belakang dan muscle seperti uli fondant dan ketelitian figurine, bunga dan sebagainya. Perlu stretching selalu bila dah lama sangat duduk. Boleh Google cara duduk yang betul dan kerusi yang sesuai.
Saya yang sudah tua ini, baru nak terkena. Mujur belum tua sangat. Kata Doktor Farid, ini hanya sedikit sahaja, masih boleh dibetulkan dan ada harapan lagi untuk sembuh. Saya hanya perlu kerap menjalani rawatan fisio. InshaAllah cepat baik dan fikir positif. 

Baru saya teringat, sewaktu saya mengandungkan Talhah, sakit betul belakang saya. Tapi saya tahankan saja sebab ingat itu sakit normal. Masa Metaflit (bodyweight training workout), saya paksa buat juga walaupun adalah juga rasa sengal-sengal di belakang badan. Mujur tak patah spine. 

Dalam sakit belakang itu, saya boleh press up (pumping), plank, lunges, squat, back to back semua completed set saya buat. Cardio based workout semua saya sapu. Itu belum lagi masuk bab zumba. 

Tetapi hari ini, saya perlu berehat seketika dari sebarang aktiviti kecergasan dan tumpu pada fisio dalam tempoh 2-3 bulan ini. Selepas itu boleh teruskan seperti biasa sekiranya sudah tidak merasa sakit lagi. Aduh, sedih rasanya terpaksa tinggalkan sekejap aktiviti yang diminati.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2lMQK5q
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2l1rtQk
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment