Saturday 25 February 2017
”Ayah cekik dan pukul muka abang sampai berdarah dan membuangnya ke semak" - adik mangsa
”Ayah cekik dan pukul muka abang sampai berdarah dan membuangnya ke semak” kata kanak kanak lelaki berusia 8 tahun satu satunya saksi yang menyaksikan bagaimana abangnya dibunuh kejam oleh ayah kandungnya sendiri.
Aldi 10 tahun ditemukan maut mengenaskan di dalam semak dipercayai dibunuh oleh ayah kandungnya sendiri Mangasa Sibarani 36 di Desa Aek Lung medan 20/17.
Menurut pengakuan pelaku,malam sebelum kejadian dia ada berselisih faham dengan isteri dalam panggilan telepon kerana isterinya jarang balik rumah sebab tempat kerja yang terlalu jauh,dalam panggilan itu pelaku menyuruh isterinya balik rumah besok untuk berbincang secara empat mata mengenai masalah tersebut.
Kira kira jam 4 petang,pelaku yang was was menunggu isternya dirumah sejak pagi menyuruh anaknya Aldi membeli rokok ke kedai Pak Candra yang agak jauh dari rumahnya.
Selepas 30 menit,ma
ngsa belum juga balik,pelaku kemudian cuba mencari dan menanyakan kepada beberapa orang sama ada mereka melihat anaknya atau tidak.Ketika ditanya kepada tuan kedai,pekedai berkata bahwa Aldi sudahpun balik kejak tadi.
Pelaku bersama anaknya andre 8 tahun menaiki kereta untuk mencari mangsa.dalam perjalanan ia melihat mangsa keluar dari dalam semak hendak menyeberangi jalan dan melanggarnya dengan sengaja.
Tanpa sembarang amaran pelaku yang berang langsung mencekik anaknya menggunakan tangan kiri dan menghumbanya ke dinding kereta.
Secara membabi buta pelaku memukuli wajah tanpa belas kasihan,mangsa yang dalam keadaan jongkok menangis(tidak dapat lagi berdiri) dibenturkan kepalanya ke dinding kereta sebanyak dua kali.
Tak cukup dengan ini mangsa yang sudah terlentang di jalan dipijak tiga kali yang mengakibatkan tulsng rusuk patah.
Pelaku kemudian meletakkan mangsa di belakang kereta sebelum membuang mayatnya kedalam semak,adik mangsa yang berusia 8 tahun hanya terdiam membisu menyaksikan abangnya dibunuh.
Pembunuhan berkenan terbongkar selepas ibu mangsa sampai dirumah dan bertanya kepada andre dimana abangnya aldi yang tidak muncul sejak ia sampai kira kira jam 7:30
Bagaimanapun ayah mangsa menyerahkan diri kepada pihak polis dan mengakui bahwa dia menyesal atas apa yang dia lakukan.
Akibat perbuatannya itu pelaku dijerat dengan hukum akta perlindungan anak membunuh secara berencana yakni dihukum mati jika disabit kesalahan.
from :) http://ift.tt/2lc1uWu
via Mudahnya Memasak Di Dapur
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2lX3YMY
via merahhaticintaku.blogspot.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment