Assalamualaikum dan Salam kemaafan, Nama Aku ISB,aku ex-iium jugak, tapi aku x smbung dgree dekat UIA, so Aku further dkt IPTA lain.Kisahnya mcm ni,Aku diterima masuk ke satu IPTA Malaysia ni,Aku rasa bersyukur sangat dapat ke situ,sebab situ IPTA impian aku dari kecil,padahal UIA lagi power sikit,ye lah tarbiyyah diaa lain mcm sikit
Actually aku lari tak nak sambung iium sebab aku tak tahan wehh,aku tak suka hidup cara islamik sangat,aku suka sempoi je,aku still solat so on. So aku decide stop dri UIA, Aku ingat dapatlah lari dari dakwah dan tarbiyyah ni tpi aku silap rupanya
Allah takdirkan aku dapat roomates yang sangat islamik,aku budak engineering dia budak sains sosial amik Kaunseling , Bila first day aku daftar aku masuk,aku masuk second intake, Bila aku masuk je dorm tu perghh Aku terkejut dengar bakal roomates aku tengah mengaji, Aduuhh,masa tu aku cakap dalam hati Alaaa,ni bukan uia,nak ngaji2 bagai, Bila aku bagi salam,dia terus stop ngaji and datang kt aku,dia perkenalkan nama dia kat aku, Nama dia dirahsiakan,so aku kenalkan diri aku..
Masa aku masuk bilik first impression aku sangat teruk sebab ye lah,aku x suka islamik2 sangat,tapi bila tengok muka dia senyum kan aku tiba-tiba jadi tenang. Aku tak tau kenapa, bila masuk je bilik tu dia tu pergi dkt comparment dia tu dia hulurkan alat2 mengemas,dia tlong aku kemas,perghh first time wehh orang baik macam tu kat aku, so lepas kemas tu dia pergi riadah dia ajak aku,tapi aku tolak sebab penat baru first day daftar. So, aku chll je,lah dalam bilik x pakai baju and pakai boxer je,normal la lelaki kan.
Dekat compartment dia sangat bersih,aku try la usha2 tengok,perghhh bersih gila,dekat dinding penuh kata-kata positive or orang panggil positive vibes, Aku x tau kenapa aku mcm x sedap hati duduk bilik tu..
tiba-tiba pintu bilik diketuk and dia bagi salam, tiba2 dia tertengok aku x pakai baju and hanya pakai boxer kemudian aku nampak dia mcm tundukkan pandangan tpi x ketara lah,aku pun cakap sorry2 sebab panas tadi, tpi dia okay je x marah pun aku and x cop pun aku ahli nerakaSepanjang minggu tu, aku tengok dia aku jadi resah,aku tak tau kenapa, bygkan dia sangat baik,sangat ambil berat,selalu kejut aku subuh,selalu bagi aku makanan, aku mmg okay je kalau org bagi aku,aku on jak..cuma bila dia ajak aku gi surau or program2 kat uni ni aku liat sikit,aku mcm malas sikit,aku cakap ada hal,tapi kan dia sangatlah positif,dia kata xde rezeki nk pergi program sama-sama,Adakala dia snggup x pergi surau sebab teman aku solat jemaah dalam bilik.
Serious weh,sepanjang aku hidup sebilik dengan dia, aku rasa stress jugak tapi aku tak tahu lah kenapa dia ni baik sangat, setiap kali waktu solat dia akan remind aku,dia selalu ajak aku puasa isnin khmis,tapi aku tolak sebab aku selalu keluar makan dengan member aku.
Sepanjang aku duduk dengan dia 1 sem ni,aku nampak macam-macam kebaikan dia,dia tak pernah kedekut apa2,dia siap cakapa Kalau ISB nak guna barang saya gunalah,saya izin dan halalkan,Serious weh,dia x pernah kedekut, kdg2 aku ada gak stalk hp dia nak tengok dia ni jenis layan perempuan or buat benda2 tak elok,aku curious gak sebab before this aku ada je kawan yang macam tu,tapi Alhamdulillah,aku check hp,laptop dia memang clear dari perkara-perkara tak elok. Aku berani kerat jari beb, Hp dia pakai samsung apa tah,takde skrin lock,so aku ada gak pinjam hp dia bila aku aku xde kredit,tpi ada gak time aku jadi jahat aku aku geledah hp dia,tapi serious weh memang clean habis,kalau ada mesej pun mesej group family,persatuan dia.
Bagi aku hidup dia membosankan,dalam laptop takde movies kalau adapun yang telah ditapis,lagu lagi lahh,nasyid je lah kerja dia.
tapi kann aku tengok hidup dia tenang je,semua berjalan lancar.Aku tak pernah dengar dia tinggi suara,dia cakap sangat sopan dan berbudi bahasa budaya kita,aku jadi malu dengan dia, Kemudian, dia sangatlah menjaga aurat dia,aku tak pernah nampak dia pakai boxer or tak pakai baju, and dia tak pernah salin baju depan aku. Aku tak tau kenapa dia ni pemalu tahap gaban,badan ko berkusta ke,tapi aku xdelah sampai nak intip dia tukar baju,tu macam dah tak normal.
Cuma satu je dia ni aku nampak pelik sikit,dia mcm sakit, dalam senyuman dia ada perit yang dia tanggung, aku ada tanya ; ko ok tak ni bro? dia cakap ; Alhamdulillah Sihat . so aku abaikanlah..cuma dia selalu batuk-batuk sikit..Masa tu dah 2 bulan aku kenal dia,sebilik dengan dia,aku still tak berubah apa-apa2, tapi dia still sama,malah lebih baik lagi, Antara perkara yang selalu dia buat aku ak selalu nampak lah, 1) dia selalu Tahajud, 2) Solat awal waktu, 3) Puasa Isnin khamis 4) Sedekah 5) Senyum 6) Quran 7) Study, Dia ni jenis kuat study gak,selalu gak aku tanya dari mana,dia cakap dari library.
Adalah satu hari ni,aku lepak kat comparment dia,masa tu dia pergi kelas,aku takde kelas pagi tu,tengah aku tiba-tiba baring aku ternampak satu plastik ubat,aku mcm batak and curious la time tu,kemudian aku salin nama-nama ubat tu and aku google beb.
Sumpah wehhh,bila aku google nama-nama ubat tu,aku nangis wehh,air mata aku tiba2 mengalir, ubat2 tu utk sakit kanser,perghhh,he suffered from cancer,aku tak tau cancer apa,sebab bukan bidang kepakaran aku,Seriously masa tu aku terus amik wuduk aku solat 2 rakaat, aku nangis puas-puas, Aku tak sangka,dalam senyuman sahabat aku tu ada keperitan yang dia alami,Seriously Aku siap doa Ya Allah, ko berilah kesakitan yang dialami oleh sahabatku ini kepadaku, kenapa kau berikan pada dia,dia insan yang baik,kenapa kau uji dia begitu, Pada hari tu,aku nekad,Aku solat taubat,Aku janji aku akan jadi sahabat dia yang baik,aku tak akan kecewakan dia lagi, aku minta maaf dekat Allah sebab aku judge dia macam-macam,tapi Allah dah tunjuk kat Aku, AKu Allah uji orang yang Allah sayang.
Sejak dari kejadian tu,aku tak bagitau dia yang aku tahu dia ada cancer,Aku nak support dia dalam diam,aku janji,selagi aku hidup aku akan sokong dia, AKu selalu positif yang akan sampai suatu saat nanti dia bagitau aku,mgkin time dia dah full recover. Sejak hari tu, apa-apa yang dia ajak aku,aku tak tolak,aku cuba fulfillkan apa yang dia nak,lagipun tu semua benda baik,sejak aku jadi sahabat baik dia,aku belajar banyak benda,rupanya islam ni tak lah rigid sangat,cuma manusia yang rigid.
Dekat sini,aku just nasihat,hargailah kawan korang sementara dia masih bernyawa, awek boleh cari,sahabat baik sukar dicari.
-Insan Sedang Berubah via IIUMC.com.
from :) http://ift.tt/2l1DhCf
via Mudahnya Memasak Di Dapur
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2l1ImKU
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment