Seminggu aku berjalan dalam Malaysia iaitu di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang, duit aku habis dekat RM450.
Padahal tak duduk hotel pun. Duduk kat rumah member dan rumah sedara. Kereta pun pakai diorang punya. Hanya cover minyak sahaja. Tuhan sahajalah yang tahu jumlahnya kalau aku sewa hotel dan kereta.
Jadi, bila aku tengok ada orang pi travel Korea seminggu pakai RM800, Australia seminggu pakai RM500, Maldives seminggu RM700, dan apa kejadah lagi tempat yang diorang travel,
Aku rasa macam merapu dan menipu juga sebenarnya.
Takkan sewa hotel kat Korea RM30 sehari? Duit tiket pun takkan lari RM600 pergi balik kan? Duit makan lagi? Takkan pi makan rumput kat Korea nu? Aku sewa bilik kecik macam keranda masa pergi Korea haritu pun dah cecah RM200 sehari. Makan minum dia sekali makan RM10 tak lari punyalah.
Aku berjalan dalam negara bai. Kerja aku makan makan makan. Bayar tiket bas, bayar duit minyak kereta, tol itu ini, semuanya hampir mencecah RM500. Takkan travel luar negara jauh-jauh tapi expenses dia RM500 jugak?
Jadi, bagi aku, kau boleh baca apa yang backpacker ni tulis artikel tentang cara nak travel dengan murah. Tapi janganlah lurus bendul percaya seratus peratus dengan apa yang diorang tulis.
Kau perlu tanam dalam otak kau, travel ke luar negara tak pernah murah. Aku ulang sekali lagi, tak pernah murah dan takkan murah!
Jadi, kalau kau nampak orang travel dengan bajet ciput tu, ada something wrong lah kat situ. Kalau kau betul-betul nak sangat travel murah, bersedialah untuk terima serba serbi kekurangan di sana nanti.
Pengajaran yang aku dapat daripada travel selama seminggu ni adalah, kau kena betul-betul siapkan duit yang banyak. Serius. Duit yang banyak kalau kau betul-betul nak rasai kenikmatan berjalan.
Tak usah sibuk benor tengok orang travel pakai duit sikit. Diorang ni kebanyakannya pergi sana berjalan semata-mata , takde keluar duit nak makan minum (pergi jauh-jauh, tapi makan sardin bawak dari rumah bukanlah semangat berjalan yang bagus sebenarnya), takde beli barang dari sana, tempat menarik yang berbayar pun tak pergi,
Dan lastnya, murah yang kau nak, keseronokan yang kau dapat pun taraf-taraf murah je. Orang lain happy-happy pergi tempat sana sini kat negara yang kau pergi, tapi sebab nak jimat sangat, kau tatap je la gambar diorang pergi sambil hirup Maggi yang kau bawak dari rumah.
Semuanya disebabkan kau terlalu berkira dan nak semua benda murah. Geram je aku.
Aku akan travel ke Turki bulan depan. Aku nak try lah travel ke Turki bawak RM200 je dalam poket.
Lepas tu aku siarkan artikel, macam mana aku boleh hidup dengan berbekalkan RM200 kat Turki.
Itu pun kalau aku hidup lagi. - Sehinggit Media
Sumber: Mufarwa Farid
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hOp8uj
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2i18h7T
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment