Friday 23 December 2016

Faktor Yang Menyebabkan Sakit Kepala Dan Petua Untuk Mencegahnya Dengan Berkesan..


Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Sakit Kepala adalah :-

1.Kurang tidur atau terlalu banyak tidur.

2.Kecederaan pada kepala/pos-traumatik

3.Berlaku jangkitan di kepala atau leher

4.Demam selsema yang biasa, influenza

5.Demam yang disebabkan oleh virus

6.Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran.

Petua untuk mencegah sakit kepala pula :-

Petua pertama: Gunakan bantal yang tebal ketika anda tidur. Ini kerana bantal yang nipis akan menyebabkan ketegangan pada otot leher ketika tidur. Apabila keadaan ini berterusan, ia akan menyebabkan sakit kepala.

Petua kedua: Dapatkan tidur waktu malam yang mencukupi dan nyenyak. Tidur yang nyenyak akan mengelakkan anda dari diserang sakit kepala. Tempat yang aman, sunyi dan tenteram akan menyumbang ke arah tidur yang nyenyak dan rehat yang mencukupi.

Petua ketiga: Jangan terlebih tidur. Tidur yang terlalu lama juga tidak baik untuk kesihatan anda. Terlebih tidur menyebabkan anda akan bangun dalam keadaan yang tidak bermaya, letih dan kurang semangat, seterusnya menyebabkan anda sakit kepala.

Petua keempat: Kurangkan stress anda. Ini akan membantu anda mencegah sakit kepala akibat stress.  Cara menghilangkannya ialah melalui senaman, meditasi atau solat.

Petua kelima: Berhenti merokok sekarang. Merokok boleh menjejaskan kepala anda dan kesannya amat dahsyat. Merokok akan menjejaskan keseluruhan fungsi anggota tubuh anda. Kesihatan anda akan lebih baik jika anda berhenti merokok, malah mencegah masalah sakit kepala yang anda alami. - Sehinggit Media


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hAbpEj
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2imiiNE
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment