Sunday 25 December 2016

Kubur Bercahaya Ahli Agama Jadi Viral Di Media Sosial Sejak Malam Tadi


KUALA LUMPUR – Viral di media sosial sebuah kubur jenazah seorang ilmuan agama bercahaya sejak malam tadi.

Jenazah yang didakwa Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, Tahfiz alQuran Darul Ulum di Paroi, Negeri Sembilan, Ustaz Mohd Khairi Zainuddin itu di khabarkan meninggal malam tadi, dikatakan telah dianugerahkan Allah S.W.T cahaya shafaat daripada Al-Quran.

Satu kiriman di laman sosial berkata, jenazah itu kuburnya sangat bercahaya kerana amalan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

“Lihat, inilah cahaya syafaat daripada Allah S.W.T ke atas hambanya yang sangat rajin beribadah, bercahaya kuburnya,”tulis perkongsian itu.

Terdahulu, pada 2014, sebuah kubur ibu tunggal Adzlin Lin Halimi juga bercahaya kerana amalan dzikir yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pernah memberi respon mengenai perkara tersebut dan mendakwa sekiranya setiap kubur bercahaya, ia membawa petanda yang cukup baik kepada jenazah, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping, dekat sini yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan dua tahun lalu.

Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih.

“Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Mufti Negeri Sembilan Tuan Haji Nor Azami Alias ketika mengulas perkara tersebut menjelaskan viral kubur bercahaya itu adalah palsu.

Menurut beliau, bukan kubur tersebut bercahaya sebaliknya terdapat pihak tertentu cuba meraih perhatian dengan mengunakan “camera trick” telah menukar cahaya matahari supaya kubur berkenaan nampak seolah-olah bercahaya. – SuaraTV


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hodveg
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2hDNAeU
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment